How I Met My Husband

Alhamdulillah. Dah lebih 4 bulan (lebih tepat lagi 127 hari) menjadi bini kepada Mohd Hafiz Suhaimi atau lebih dikenali sebagai Pisyek. Life as a wife and a student sekarang so far so good. But seriously I dont prefer long distance relationship. 

Our First Meeting


Orang kata, kalau tak kenal maka tak cinta. Yelah, macam mana nak cinta kalau tak pernah kenal and tau orang tu kan. Our first meeting was during Medtech Farewell Dinner (29 Dec 2011). Tapi masa tu tak kenal pun yang mana satu Pisyek ni dan masa tu adalah first time join medtech event. Budak baru la katakan. That was during my first semester and his final semester, memang sangat jauh la bezanya kan.

Merujuk kepada gambar, ktorg dah dekat sangat dah masa tu.
Tapi tak pernah perasan pun kewujudan masing2.

Tapi yg betul2 dikira sebagai our first meeting ni adalah bila kami laki bini keluar dengan beberapa orang kawan yg lain pergi McD pada 7 Januari 2012. Dan bermula haritu barulah kami laki bini berkenalan. Akan tetapi, kami laki bini terputus hubungan sebab laki dan grad beberapa hari selepas perkenalan kami dan bertemulah kami semula pada ketika laki datang semula ke UTP untuk konvo pada 20 Oktober 2012.


The Engagement


Dari first meeting terus jump ke engagement. Power betul ni. Takde yang menarik sangat untuk dicerita dari tempoh perkenalan kami semula sehingga ke tarikh pertunangan sebab kami tidaklah begitu rapat sangat pun. Tapi laki menyampaikan hasrat hatinya sekitar bulan May 2013 dan kami laki bini bertunang pada 6 Julai 2013 selepas mendapat persetujuan dan restu dari kedua-dua ibu bapa kami. Selepas tarikh tersebut, kedua2 pihak telah bersetuju untuk mengadakan majlis pernikahan 6 bulan dari tarikh pertunangan.


Tak pernah jangka dan terbayang di minda untuk berkahwin semasa masih bergelar pelajar ni. Tapi kita hanya merancang, Allah yang menentukan apa yang terbaik untuk kita kan.

Akad Nikah


Selepas daripada pertunangan, kami mula berkenalan dengan lebih rapat lagi. Dan alhamdulillah, segala proses pernikahan kami berjalan agak lancar. Daripada nak mintak permission, apply kebenaran berkahwin daripada pejabat agama, persiapan perkahwinan dan juga majlis kami turut berjalan lancar. Maka bernikahlah kami pada 3 Januari 2014. Dan selepas itu, bermulalah bibit-bibit cinta kami laki bini. 


Perasaan lepas jadi bini kepada laki ni macam-macam perasaan ada; gembira, takut, sedih, terharu. Mestilah gembira dah kawin kan, dah ada laki. Bersyukur sangat sebab diberikan seorang laki yang awesome macam laki ni. Walaupun katanya dia kenal ramai perempuan, tapi katanya bini dia ni lain dari yang lain. Terharu betul bini mendengarnya. 


So kids, that's how I met your father. Eh! :) Begitulah saja kisah perkenalan kami sehinggalah kami sah menjadi laki bini. Boleh jugak baca post Kisah Laki Bini yang ditulis oleh laki.


Bolehlah jugak kiranya kalau nak tengok video kawin kami laki bini. Untuk pengetahuan semua, Official Photographer dan Videographer kami adalah Shutterdot. Anda boleh la search Shutterdot kalau berminat nak hire diorang ni jugak. (highly recommended) 




p/s: Terima kasih kepada semua sedara-mara, kawan-kawan yang hadir ke majlis kami 4 bulan yang lepas dan terima kasih yang tak terhingga kepada yg bagi hadiah tu. Alhamdulillah, jimat duit tak payah beli kelengkapan dapur. 
Previous
Next Post »