Ukur Baju di Badan Sendiri

Lagi berapa hari je nak raya kan. Mesti masing2 dah ada baju raya. Kepada yg takdak lagi tu dan tak mampu nak beli, takpa. Definisi raya bukan wajib ada baju baru pun sebenarnya.
Kepada yg dah beli baju tu, masa beli ukur kat badan sendiri tak? Ataupun makcik tailor ukur badan korang tak masa nak jahit baju tu? Selalunya mestilah ukur badan sendiri kan. Unless dia suruh mak yg belikan tapi mesti la dah tahu saiz badan anak kan.

Pagi tadi macam hangat pulak isu kahwin kat twitter ni. Pasal financial issue utk kahwin la, pasal kahwin awal, balas budi mak bapak la dan seangkatan dengannya. Dan aku, semestinya ada pandangan aku tersendiri pasal perkara2 yg berbangkit tadi.

Ukur baju di badan sendiri. Kita nak kahwin, kita tahu setakat mana kemampuan kita. Memanglah betul kahwin ni insyaAllah dimurahkan rezeki. Tapi bukankah rezeki tu ada dalam banyak bentuk? Bila mana seseorang tu cakap dia belum bersedia dari segi kewangan, maknanya dia belum bersedia memikul tanggungjawab utk sara family dia sendiri. Mungkin sebab dia belum ada sumber kewangan yg cukup dan dia sedar dgn kemampuan dia. Ada pulak yg kata, “takpa. Aku kawin ja. Nanti aku tawakal la.” Tapi konsep tawakal sendiri menyeru kita supaya berusaha dulu kemudian baru tawakal kan?

Aku nak share sikit sebanyak pendapat aku pasal isu dan diselitkan sedikit dengan pengalaman sendiri.


Majlis Mengikut Kemampuan

Aku yakin ramai yg cakap zaman sekarang ni ada ke perempuan yg nak kenduri biasa2 je. Mestilah nak yg grand kan. Nak baju liplapliplap jalan sapu lantai, nak kek tinggi klcc, nak pelamin tersergam indah dan sebagainya. Tapi bagi aku, buatlah ikut kemampuan. Kalau laki kaya ada duit sendiri nak buat majlis besar2 atau bini tu kaya boleh tanggung kos puluh-puluh ribu, atau ratus ribu, buatlah. Itu adalah tahap kemampuan anda. Tapi bila mana kena berhutang utk majlis kahwin, itu bagi aku adalah diluar kemampuan.

Aku setuju kepada yg cakap kahwin ni sekali je (ni kalau betul sekali la, tapi kita taktau kan), tak salah berbelanja. Tapi kita berbelanja mengikut kemampuan kita ke tidak? kalau ya, silakan. Kalau tidak, mohon check semula.

Hantaran & Mas Kahwin

Hantaran ni ada dua mengikut adat melayu, wang hantaran dan barang hantaran. Berdasarkan pengalaman aku la, masa aku bertunang dulu, masa ni la parents ktorg bincang pasal wang hantaran n barang hantaran kot. Yg aku tau, parents aku kata wang hantaran tu ikut pihak lelaki. Nak bagi ke tidak, nak bagi berapa ke ape ke, itu ikut pihak lelaki. Barang hantaran pun ikut ktorg la. Nak ke tak ke. Tapi yg skrg ni, selalu dengar parents yg tetapkan duit hantaran kan. RM10,000 ke atas la yg selalu dengarnya. Lagi sekali aku cakap, kalau laki tu mampu, tak kisah. Nak bagi RM50,000 pun takpa. Asalkan mampu.

Wang hantaran ni biasanya org guna utk belanja majlis sebelah perempuan la kan. parents aku cakap tak kisah pasal wang hantaran tu sebab depa kata depa nak bagi anak depa kahwin, takkanlah semua benda nak laki yang bayarkan. Takkan la kau dgn kawin dgn pasangan kau, pasangan kau je kena kumpul duit, ikat pinggan makan megi selalu, kau dok goyang kaki perabih duit kau shopping sana sini kan. Untuk majlis belah aku, mak dgn bapak la uruskan. Bagi makan utk tetamu tu wajib, tapi mintak duit hantaran tu tak wajib. Tapi kalau pihak lelaki dah bagi, orang kata rezeki jgn ditolak. Tak gitu?

Barang hantaran kami laki bini ada la dalam 9 vs 7. Dulang hantaran aku buat sendiri. Barang hantaran pun beli apa yg boleh digunakan je. Yang ni memang aku guna duit sendiri la. 

Bab mas kahwin pulak, yg ni je yg mak bapak aku tetapkan. Yg hantaran dgn barang hantaran tu depa kata biar anak2 yg bincang.  Dan Alhamdulillah mas kahwin yg mak bapak aku tetapkan tu sama je nilainya dgn mas kahwin yg laki aku nak propose cuma dalam bentuk yg lain. Mas kahwin ni bagi aku takdak isu sangat kan.

Pelamin Anganku

Aku rasa aku antara kes2 terpencil yg tak suka pelamin bunga2 bab taman bunga tu. Dan aku tak nak bersanding pun. Mungkin dah jadi tradisi keluarga kami yg bersanding ni tak perlu masa kahwin. So aku pun tak suka la bersanding. Mujur dapat laki yg species sama citarasa jugak ni. Maka takdaklah pelamin ribu riban yg disewa utk majlis sehari je tu kat rumah aku masa aku kahwin. Yang ada photobooth utk pengantin bergambar dgn keluarga, kawan2 yg datang.


Ni la "pelamin" aku. Idea sendiri dan 2 orang bridesmaids. Pastu ktorg buat sendiri few days before event. Cost tak sampai RM100 pun. Mesti ada yg tak suka macam ni. Tak grand katanya. Tapi aku yg kahwin dan aku suka. hehe


hand-bouquet pun aku buat sendiri weh. ni semua gara2 fresh daisy yg mahal gila kat penang. 8 kuntum RM120 weh. 


Perlu ke bersanding? Tak kekok ke duduk atas pelamin tu org tengok kita. Pastu siap tepung tawar lagi. Boleh bersin aku dibuatkan ditepung tawar tu. Hilang macho ah kalau bersin kuat2 atas pelamin. Hahhahaa. 

Kehidupan selepas kahwin

gambar dari google

Tau tak lepas kahwin banyak lagi nak pakai duit. Nak beli kelengkapan rumah lagi. Nak beli itu ini, honeymoon lagi. hehee
Bagi aku, duit yg kita spend banyak2 habis kat majlis yg sehari dua tu je, baik kita spend duit tu utk hidup bersama dgn pasangan kita. 

Tapi kalau laki tu dah ada rumah yg lengkap dgn kelengkapan semua, tinggal kau nak bawak diri kau dgn baju beberapa helai je masuk rumah tu, takde hal bro. 

Macam kami laki bini, syukur jugak sebab kelengkapan dapur memang tak payah beli. Semua dari hadiah kahwin. Dapur gas ada org bagi, tong gas free sebab laki kerja PETRONAS, periuk nasi, pemanggang ajaib, blender, water heater, toaster dan segala mak nenek tu semua orang bagi. Terima kasih kalian semua sebab meringankan beban kami.

Jadi fikirlah sebelum menginginkan perkahwinan yg grand2 tu. Dan mulalah kumpul duit kalau nak yg grand2 tu.

Ada yg tanya berapa ktorg habis utk majlis ktorg. Mengikut perkiraan kami laki bini, total cost untuk kedua-dua majlis (yg sebenarnya 3 bila campur dgn majlis akad nikah) adalah tidak melebihi RM30,000. Tapi aku rasa tak lebih RM25,000 pun. Tapi lebih kurang tu la cost ktorg.

Mengapa berbelanja lebih, jika anda boleh berjimat. hewhew

Kepada kawan-kawan yg nak kahwin tu, aku doakan semoga urusan anda semua dipermudahkan dan dapatlah anda semua kahwin dengan berbelanja mengikut kemampuan anda.
Previous
Next Post »