Bundle of Joy!

Assalamualaikum. Hello.

Setahun lebih tak post anything, yg terakhir adalah kisah kami laki bini kahwin dan sekarang dari berdua dah jadi bertiga.

Alhamdulillah. Aku selamat bersalin pada 1.5.15 yang lalu, jam 12.50 pagi. Cantik kan tarikh lahir. Memang sengaja nak dia lahir tarikh tu. haha


Seorang puteri comel yang dilahirkan seberat 3.10kg pada minggu ke 37. Serius tak boleh imagine berapa berat dia kalau dia lahir ikut EDD dia yang sebenar, 21.5.15. 

Setelah sesi perbincangan kami laki bini, kami sepakat memberi nama Nazneen Binti Mohd Hafiz kepada puteri kami ni. Nazneen berasal dari perkataan Parsi yang bermaksud cantik (Exquisitely beautiful; charming. A name used for a beloved woman or child.)


Semoga Nazneen membesar menjadi anak yang solehah, taat perintah Allah, cantik akhlak dan budi pekertinya, sihat dan cerdas. 

Nantikan entri pasal pengalaman aku beranakkan Nazneen lepas ni. Sejak2 dah ada anak ni serius rasa busy tak sempat nak buat benda lain. Busy tengok muka anak je yg banyak sbb masih terpegun dan terkesima kami laki bini dah ada anak. :)

Previous
Next Post »