Kos Bersalin + Monthly Check Up Ampang Puteri

Dalam entri sebelum ni aku dok bercerita pasal pengalaman bersalinkan Nazneen kat Ampang Puteri. Ada beberapa orang tanya aku pasal service kat situ dan berapa kos bersalin + checkup kat situ.

So kali ni aku nak cerita la pasal 2 benda tu mengikut pengalaman aku la. Dari segi service, aku boleh bagi 4.5/5 la untuk hospital ni. Dari checkup sampailah ke aku beranak. Yang kurg 0.5 tu sebab tempoh menunggu time checkup. Sebab setiap kali appointment untuk monthly checkup, diorang kira first come first serve. So kalau appointment kau hari sekian sekian dan waktu pagi, maka datanglah awal untuk dapat giliran no 1. Selalunya pukul 7 pagi ktorg dah keluar rumah sebab taknak sesak-sesak kat MRR2. Klinik Dr Ariza buka pukul 8.30 pagi. So dalam 1 jam jugak tunggu utk klinik buka.

Lepas dapat no giliran, pegi la mana2 dulu sebab biasanya Dr Ariza akan masuk klinik pukul 9.30 ke atas. Tapi ada jugak masa tertentu yg dia masuk awal. Nanti staff kat klinik tu akan call la bila nak tiba no giliran. Aku setiap kali checkup dapat giliran no 1. Aku tak sure utk klinik gynae lain kat Ampang Puteri menggunakan sistem yg sama atau tak. Tapi utk Dr Ariza, macam tu la sistemnya.

Setiap kali checkup, memang akan buat ultrasound utk tengok perkembangan baby. Then kau boleh la tanya gynae tu apa je kemusykilan tentang pregnancy. Jangan malu bertanya.

De Ariza ni bagi aku sangat motherly. Bila tengok muka dia pun rasa tenang je. Rasa selamat utk bagi dia sambut kelahiran baby. Bertudung labuh, selalu senyum, rasa macam mak sendiri la yg pasti.

Untuk kos checkup pulak, first time checkup, consultation fee adalah RM120, tapi utk next checkup, dah jadi RM80. Lepas tu akan ada additional fee yg melibatkan procedure apa yg dibuat masa checkup la. Contoh macam ultrasound - RM80. Buat VE another RM80. Then ada jugak administration fee tak silap aku RM3. Dan tak lupa jugak GST. Konon-konon je dulu iklan GST yg ada Usop Wilcha kat TV tu kata perkhidmatan kesihatan kerajaan mahupun swasta tak kena GST. -.-

Untuk kos bersalin pulak, nah aku sertakan butiran bil aku.


Total kos = RM5946.51

Ampang Puteri ada pakej bersalin dia jugak. Harga baru mulai 12/1/2015.

Tapi biasalah harga pakej ni ada banyak jugaklah benda yg tak termasuk termasuk ni. Aku bersalin bukan waktu office hour so ada extra charge la. Lepas tu kena vacuum jugak.

Tapi disebabkan insurance company laki aku cover RM4000 utk maternity, ktorg just kena tambah yg selebihnya jelah. Ok lah tu utk service yg bagi aku agak tiptop.

Utk service masa beranak ni, aku bagi 9/10 la. Ampang Puteri patut banyakkan lagi katil utk maternity ward dia dan mungkin banyakkan lagi bilik single. Maternity ward kat sini selalu penuh. Nasib baik masa aku beranak ada bilik dan labor room pun taklah penuh. Nurse pun semua friendly. Buat VE pun tak sakit, bila tekan call button pun cepat je sampai, makanan sedap jugak, ada nurse datang ajar cara susukan baby, kalau malas nak tukar pampers anak panggil je diorang.

Untuk gynae, aku memang recommend Dr Ariza ni la sebab aku rasa dia best. Bila baby lahir je, first word yg keluar dari mulut dia, "Assalamualaikum baby."
Rasa selamat je dia handle kelahiran.

Sekian saja review aku pasal Ampang Puteri ni.


Previous
Next Post »

2 comments

Write comments
Ewan Dzoll
AUTHOR
8 December 2016 at 15:42 delete

Assalamualaikum puan salwa.. klinik Dr Ariza tu dlm kpj ampang puteri jgk ke?

Reply
avatar
8 December 2016 at 19:42 delete

Waalaikumsalam. Haah. Tapi skrg Dr Ariza dh bersara dh. :)

Reply
avatar