Nazneen's Labor Story: Check Up Week 37

Sejak dah ada anak ni, rasa macam bateri phone susah sangat nak habis. Tapi still tak percaya dah ada anak sebenarnya. Rasa macam baru ja kahwin pastu start bercinta bulan lepas.

Nak start cerita pengalaman bersalin Nazneen pun berapa hari dah asyik ada kat draf ja. Aku beranak awal 20 hari dari EDD (21.5.2015). Berikut adalah pengalaman bersalin di Ampang Puteri yang dilalui oleh aku.

Rabu, 29.4.2015 tu checkup minggu 37 dgn Dr Ariza. Pagi sebelum pegi checkup and 4 hari sebelum tu aku dah memang kena serangan cirit birit yang teruk. So bagitau la gynae aku tu then dia decide utk buat vaginal examination (VE). Ni first time la bagi aku. Nervous betul tapi bagi aku taklah rasa sakit seperti yg orang lain gambarkan walaupun Dr Ariza asyik cakap, "sy tau sakit n awak rasa mcm nak tendang sy".

Result from that VE was 0cm. Masih takde bukaan. Aku jugak bagitau Dr Ariza yg baby dah kurang gerak. Nak cukup 10 gerakan sehari pun kadang2 hampir 13 jam kena tunggu. Sebelum ni masa minggu 35 aku dah kena stay kat ward sebab low fetal movement n frequent contraction tapi aku tak rasa sakit pun. 



Ni result ctg masa week 35

Warded for one night and nurse bagi ubat utk slowkan contraction then esoknya dh boleh discharge.

Disebabkan low fetal movement since week 35, Dr Ariza pun suggest utk induce (masukkan ubat utk paksa beranak). Dengar macam scary pastu aku pulak dok google pengalaman org yg kena induce ni mostly cakap sakit sangat and ada potensi utk kena ceaser kalau induce tak berjaya.

Tapi sebab risaukan baby yg dah kurang gerak, dan kami laki bini pun dah ready nk jumpa baby, kami pun setuju la untuk induce dan pada mulanya ingatkan dia nak induce minggu depannya, tapi lain pulak yg jadi. 

Dr Ariza : kita induce la sebab takut apa2 jadi kat baby awak nanti. 
Aku : apa risiko induce ni n doktor rasa patut ke?
Dr Ariza : (explain psl proses induce bla bla bla) kalau awak setuju, esoklah. Malam ni masuk wad, esok kita induce.
Aku : 😱 *sambil tengok laki*

Dan kami laki bini pun bersetuju lah untuk datang checkin wad malam tu. sebelum tu aku sempat request kat laki nak makan nasi lemak ayam kat Det Station dulu.


*akan bersambung pasal apa jadi lepas stay one night dalam wad nanti* 
Panjang sangat haa ceritanya.
Previous
Next Post »