Nazneen's Labor Story : Journey to Labor Room

Sambungan dari Part 1.

Malam hari rabu tu lepas sedap2 makan nasi lemak ayam, pulanglah kami ke rumah dulu sebab awal lagi nak terus ke hospital. Balik tidur dulu dan dalam pukul 12.15pagi hari khamis baru dengan muka bahagianya bertolak ke KPJ Ampang Puteri untuk check in 'hotel'. Sampai je kat sana, nurse offer kerusi roda tapi aku taknak sebab tak sakit apa pun n aku prefer jalan je ke wad.

Kami laki bini request single room tapi penuh pulak, so dapat la 4-bedded room dan lakj kenalah balik bermalam di rumah. Malam tu aku tidur dengan nyenyaknya tanpa fikir macam mana sakit esok ni. 

Seawal jam 5pagi ada sorang nurse nk kejutkan sebab nak bagi ubat berak. Yelah kang tak pasal2 nak push keluarkan baby yang lain pulak yg keluar. Lepas masukkan ubat tu, tak sampai 5 minit terus aku berlari ke tandas. Aku dahla memang cirit birit sejak dua menjak tu. Pastu dapat pulak ubat tu, memang kosong la usus aku. Solat subuh macam biasa, doa banyak2 semoga sakit nanti taklah terus sangat.

Lepas solat subuh, aku dah ready la nak dimasukkan ubat ke dalam vagina sebab Dr Ariza kata diorang akan induce seawal jam 6 pagi. Tapi tunggu punya tunggu sampai la sarapan pun dihantar dalam pukul 7pagi, takdak pulak nurse datang. Aku enjoy la makan dulu. Tak ingat dah apa yg dimakan. Pukul 8 pagi baru nurse datang masukkan ubat untuk induce. Sekali lagi VE dilakukan, dan tak sakit pun. Bukaan masa ni baru 1cm. 
*tips nak elak rasa sakit (tak sure berkesan utk semua org ke tak) : tarik nafas dan bayangkan sesuatu yg indah yg membuatkan kau rasa bahagia. Haha! Memang tak rasa apa la masa nurse seluk tu.

Lepas dah induce, kena baring je selama 1 jam then lepas tu baru boleh jalan2. Laki masih kat rumah masa ni. Demi utk tidak merasa sakit sorang2, aku pun suruh la laki datang segera. Aku ni dah dimomokkan dengan cerita pengalaman orang beranak secara induce yg rata2 cakap sakit sangat2. 

1 jam berlalu dan nurse datang buat ctg. contraction memang dah max dan selang 8 minit. Nurse offer painkiller tapi masa tu serius aku pelik sebab tak rasa sakit pun kenapa nak kena ambik painkiller. Serius tak rasa apa2. Oh btw, aku taktau macam mana sakit contraction tu. Tanya orang semua cakap macam senggugut tapi jauh lagi sakit. Oh wait! Senggugut tu rasa macam mana? Haha! Tak pernah rasa senggugut jugak. So macam mana nak tau contraction tu macam mana. Nurse macam pelik tengok aku. Apa benda la budak ni. -.-
Laki sampai dalam pukul 9.45 pagi. 

Pukul 11 pagi nurse datang buat ctg lagi. Masa ni pun tak sakit. Oh, dari pukul 9.30 pagi sampai 11 pagi ni aku dok mundar mandir dalam wad tu. tengok pemandangan luar, sembang dengan nurse kat kaunter dan macam2 la aku buat. 

Pemandangan dari bilik

Ctg pukul 11 tu lagi hebat result dia. Graf contraction agak menggila dan contraction agak frequent. Again, nurse offered painkiller. Mestilah aku taknak sebab tak sakit. Repeat ctg pukul 3 petang. Sama jugak result dan aku masih tak sakit. Bosan gila kan baca pengalaman beranak aku ni sebab aku asyik cakap tak sakit. Yang aku rasa cuma lenguh pinggang. Tu pun lenguh gitu-gitu je.

Dari pkul 11 pagi sampai 3 petang tu, macam2 jugak aku buat. Aku makan lunch, lepas tu request kat laki nak mcflurry oreo (haha! Sempat lagi kan) dengan fries. Makan sambil tengok The Flash sebab laki baru download malam sebelumnya. 

Pukul 4 petang, aku rasa badan macam melekit gila. So aku decide nak mandi. Sabun wangi2 sebab taknak baby jumpa aku dalam keadaan busuk. Haha! Dan sebenarnya malam sebelum tu aku pi salon, buat hair treatment, wash and blow. Best oh!

Dalam 4.30 petang, sementara tunggu waktu asar, aku ingat nak la solat asar dulu. Tapi tetiba nurse datang nak buat another VE. Nervous jugak nak tau dah berapa cm bukaan walaupun aku rasa mesti tak banyak sebab aku tak rasa sakit apa2. Surprisingly dah 4cm. Hoh! 4cm tapi langsung tak sakit. Nurse cakap  tunggu sini dulu sebab dia nak tanya Ddr Ariza dah boleh masuk labor room ke belum. 

Pukul 5 petang, ada nurse datang dengan kerusi roda nak tolak aku masuk labor room. Ya Allah nervous gila masa ni. Boleh lagi tanya nurse boleh tak saya nak jalan je sebab rasa macam orang sakit je yg naik wheelchair ni. Tapi malangnya tak boleh. Laki pun macam blur2 ja masa tu. Macam percaya tak percaya je dah kena masuk labor room. Tapi masa ni nurse tu cakap yg aku kira beruntung sebab 1st ubat induce dah banyak bukak. Ada yang beberapa kali kena induce pun tak bukak2.

Sampailah aku ke dalam labor room tu dan dengarlah beberapa orang tengah bersorak kat sorang yg tengah dok push dlm labor room sebelah. Pussshhh!!!!! Sikit lagiiii!!! Dah nampak kepala dah!!! Haahh!!! Bagus!!!

Okay, over sangat aku rasa. Cerita dalam labor room aku cerita kemudian. Tapi kesimpulan yg aku boleh buat dari pagi aku kena induce sampai petang tu, langsung tak sakit dan aku masih bahagia tersenyum gelak2 dengan laki.

Tunggu next entri esok kalau sempat. 


Previous
Next Post »