Nazneen's Labor Story : Where is My Dinner?

The The Sambungan dari Part 2.

Sampai je dalam labor room, nurse suruh tukar baju. Pakai baju hospital. Baju ala2 baju tido yg paras lutut tu. Lepas tu aku cakap aku nak berak dulu sebab aku dah makan macam2 haritu. 

Aku : saya nak berak dulu boleh ke? Rasa macam dah makan banyak sangat harini.
Nurse : berak je kat sini. Takyah pergi toilet.
Aku: 😱

Takutlah aku kang terberak masa tengah push nak keluarkan baby. Malulah aku. Jatuh reputasi. Haha!

Nurse cakap nanti dalam pukul 8malam, Dr Ariza sampai. Pastu dengan yakinnya dia cakap awak ni mungkin esok pagi baru beranak. Anak first kan. Aku pun ok je la sebab yela baru 4cm dan aku tak sakit lagi.

Bila nurse tu nak keluar dari bilik tu, aku tanya, "nanti ada org serve dinner kan?" Nurse tu gelakkan aku dan kata mana boleh makan heavy food dalam labor room. Haha! Tadi beriya aku nak berak sebab dah makan banyak sangat. Lepas tu tanya ada dinner ke tak. 

Sementara menanti pukul 8 malam tu, aku pun baca Quran, sembang2 dengan laki dan tengok tv. Cerita hati perempuan pukul 7 malam. 

Labor room dia best jugaklah walaupun sejuk sangat. Ada tv boleh la sambil2 menunggu tu tengok tv. Dah bosan baring, aku duduk. Ni sementara nak tunggu solat maghrib.

Pukul 8 malam Dr Ariza sampai dgn sorg nurse. Again, dia offer painkiller (pethidine) dan aku tolak sebab kalau boleh taknak any painkiller. Dahla aku bukan rasa sakit natural kan so taknak la any painkiller selagi boleh bertahan. Aku ingatkan Dr Ariza datang just nak buat VE je. Tapi sangkaanku meleset. Dia nak pecahkan ketuban dan belum sempat aku nak cakap boleh tak tunggu dia pecah sendiri je, dah rasa aku macam terkencing dengan kuantiti yang banyaknya. Lepas dh pecahkan ketuban, nurse nak dripkan oxytoxin tak silap aku nak bagi contraction lagi kuat. Tapi lepas check ctg, contraction aku sangatlah kuat dan frequent but still no pain.


Pada ketika ni aku masih boleh whatsapp few people lagi. Gelak2 dengan laki dan kebetulan masa ni ada dengar orang dr labor room lain tgh push. Bergema suara pasukan sorak yg terdiri dari kalangan nurse dan gynae. Pastu aku pun tanya laki, "nanti sayang nak push diorang sorak macam ni jugak ke?" Haha!

Lebih kurang pukul 9 macam tu, aku rasa mengantuk sangat tapi tak boleh nak tidur sebab perut rasa tak best. Tapi belum sakit yg kuat la. Entah macam mana aku boleh mintak nak painkiller. Ni lawak sebab aku cuma nak tidur n orang cakap painkiller pethidine ni boleh membuatkan kita tertidur. So aku oun request la. Before nurse inject pethidine dia buat VE dulu. Baru 5.5cm dan dia pun inject la. 

Lepas tu aku terlelap la kejap n laki keluar pegi jumpa paklong dia yg datang kt luar delivery suite tu. aku terjaga balik pukul 9.50 macam tu. Tipu la pethidine ni boleh buatkan org tidur. Aku tidur kejap je. Bila laki masuk balik labor room, aku dah start rasa sakit. Agak kuat tapi still boleh tahan. Setiap kali sakit aku pegang tangan laki. Taktaulah kuat mana aku pegang sebab aku still lalok penangab dari pethidine tu. 

Sambil melayan sakit sambil aku minum air zam zam, makan kurma dan baca Quran. Bila rasa lalok teruk sikit, aku cuma boleh baca doa Nabi Yunus je. Laki masa ni tengah mengaji jugak. Oh btw, dari siang tadi aku tak sure berapa kali aku baca surah Maryam dan Yassin. Tapi bila dh start rasa sakit n lalok ni, pening jd tak dapat nak baca.

Aku taktau apa jadi dari pukul 10-12 macam tu sebab macam lalok2 tapi yg pasti aku tak tido la n kadang2 aku sembang dgn laki. Yang aku sedar bila pukul 12, heartbeat baby drop. Kdg2 ok, kdg2 drop. Panggil nurse n dia terus panggil Dr Ariza. Masa heartbeat baby drop ni yg aku rasa sakit sangat. Tapi aku rasa sakit yg bercampur dgn takut. Mcm mana dgn baby kt dalam ni. Kenapa heartbeat dia drop. So aku request nak sedut gas Entonox tu. Gas nk serius buat aku rasa nak muntah. Sementara tu, nurse2 ni dah persiapkan aku utk beranak. Kaki kena ikat kat apa ke nama benda alah tu. katil pun dah ditanggalkan yg hujungnya tu. Dr Ariza sampai je dia terus buat VE and bukaan pun dah full (10cm). 

Ready to push! Aku dok tunggu rasa sakit baru nak push sebab Dr Ariza kata bila ada contraction, awak push. Tapi sakit tak kunjung tiba. Mungkin ada rasa sakit tapi aku tak rasa sebab rasa risau tu mendahului. Tapi lepas tu ada rasa sakit sikit, aku pun push la. Ni macam sedar tak sedar je. Laki aku cerita aku asyik cakap "tak larat dah. Tak larat dah". Yang aku dengar Dr Ariza ada cakap kepala dah nampak dah ni. Sikit lagi. Nurse pun dok cakap kat aku tak kesian ke kat baby. Heartbeat dia makin drop ni. Masa ni macam nak menangis. Tapi kumpulkan segala tenaga yg ada n laki bagi minum air sikit. Lepas tu laki pegang kepala aku, push sekuat hati dan dibantu dengan vacuum sebab baby terlalu besar utk aku, keluarlah Nazneen ke dunia ni pada jam 12.50 pagi tu.

Apa yang aku rasa masa tengah push tu rasa macam ada taik keras dan besar yg nak keluar. Haha! Lepas keluar tu rasa lega macam tak berak sebulan. Lepas je dia keluar, Dr Ariza terus letak dia atas perut aku. That feeling bila tengok ada baby atas aku, speechless dan aku rasa aku menangis la sikit. Then dah potong tali pusat, nurse lap2 sikit dan bagi kat laki suruh azan. Bahagianya rasa masa ni. No words can describe the feeling weh. Lepas tu nurse pun ambik dia untuk bersihkan. Proses menjahit tengah berlangsung ye. Tapi tak rasa sakit pun sebab Dr inject painkiller rasanya. Banyak jugak jahitnya tapi bukan jahit sebab koyak la. Jahit sebab memang Dr potong pun. Dr Ariza jahit agak pantas la. Sebab by 1.05 pagi dah setel dah jahit. 

Baby dibawak pergi oleh nurse sebab nak bagi oxygen. Btw, dia tak banyak nangis lepas keluar. Tapi masa dia ada atas perut aku tu, mata dia terbukak n dia tengok aku.

Lepas tu aku pun tertidur dan tersedar semula pukul 3 pagi. Masa jaga pukul 3 pagi ni rasa macam mamai lagi tengok perut dan kempis dan tak rasa sakit apa2. 

Sampai je kat ward, patutnya laki dah kena balik la sebab aku kan duduk 4-bedded room, tapi aku suruh je laki tunggu sebab nak tunggu nurse hantar baby. Dalam pukul 4 pagi baru diorang hantar. Macam tak percaya je dah ada anak. Sakit pun aku dah lupa macam mana. Boleh pulak aku cakap kat laki, kalau sakit beranak macam ni, anak ramai pun takpe. Haha!

So bagi aku, sakit beranak aku kali ni sakit yg kuat tapi bagi aku still boleh bertahan. Lain orang lain pengalamannha ye dok. Org yg sama pun kdg2 lain pengalaman dia beranak anak2 dia kan.

Panjang betul cerita aku. Tapi itulah sedikit sebanyak pengalaman pertama aku beranak ni. 

Dr Ariza serius gynae yang awesome n aku takkan teragak2 utk pilih dia lagi utk next babies. Baru beranak dah fikir bext baby. Haha!

Dulu ada plan nak ambik epidural kalau kena induce sebab ramai cakap induce sakit. Luckily tak ambik epidural. Membazir je kalau ambik. 

Sekian saja cerita pengalaman bersalin aku. Enjoying pantang kat penang sekarang. Day 9. Cepatlah habis. 
Previous
Next Post »