Nazneen dan Kapal Terbang

Belum terlambat rasanya nak ucap Selamat Hari Raya kepada semua. Macam mana sambutan raya? Seronok? Beronok-ronok?

Tahun ni giliran kami laki bini dan Nazneen beraya di Penang. Kami pulang ke kampung pada hari Khamis. Setakat ni, dah 3 kali Nazneen naik kapal terbang. Alhamdulillah ketiga-tiga kali perjalanan menaiki kapal terbang dengan Nazneen, dia behave je. Tak meragam, tak menangis dan tak menunjukkan reaksi tak selesa. First time Nazneen naik flight masa umur dia 31 hari.


Gambar ni ketika nak balik ke Penang berhari raya. Sampai airport punyalah awal sebab takut airport sesak dan kami dah la tak boleh web check in sebab travel with infant (sila take note yg kalau travel dgn malindo, anda tak boleh web check in kalau ada infant, airasia and MAS tak silap aku boleh je). Kami sampai airport 4 jam sebelum flight. Jadi duduk la kat surau sementara tunggu gate buka.

Nak share tips travel dengan baby:

- pastikan beli tiket flight untuk baby anda. Walaupun dia tak perlukan seat, tapi masih perlu ada tiket untuk naik flight. Umur untuk infant adalah dari 7 hari - 2 tahun.

- pastikan semua kelengkapan untuk baby dibawa; diapers, wet tissue, selimut/sweater, botol susu, pacifier, saru set baju extra. Masa perjalanan pulang dari Penang ke KL haritu, Nazneen berjaya melaburkan emas yg sangat banyak hingga bocor diapers dia. Inilah gunanya selimut bila mana emas tu dah bocor sampai ke baju dan seluar. Jadi aku ambil langkah bijak dengan membalut Nazneen untuk mengelakkan emas dia kena baju aku.
Dalam kapal terbang ada je diaper changing room, Tapi Nazneen berak masa dah landing pun. Tinggal nak keluar dari plane je.

- pakaikan pakaian yang sesuai. Aku selalu pakaikan Nazneen baju lengan pendek, seluar panjang, sweater. Senang sebab kalau tetiba dia panas, boleh jr bukak sweater tu. 


- tukar diaper sebelum boarding. Ni untuk mengelakkan baby anda meragam sebab diaper basah dan tak selesa.

- susukan baby masa take off/landing. Selalunya masa take off/landing, telinga kita macam tak selesa kan, sama juga dengan baby. Kalau dia taknak menyusu, mungkin boleh gunakan pacifier?


- infant pun ada seat belt untuk diorang. seat belt ni akan attach kat seat belt orang yang akan pangku baby. Nanti stewardess akan bagi dan ajar cara nak guna seat belt ni.

Setakat ni tu je tips yang dapat aku kongsikan. Nanti kalau ada penambahan, aku cerita kemudian.

Selamat Hari Raya dari kami laki bini dan Nazneen.




Previous
Next Post »