Resepi Ayam Goreng Cornflakes

Sekarang ada promosi Kellog's Cornflakes kat Aeon. Jadi pakat-pakatlah pergi borong banyak-banyak. Haritu pun Salwa beli 4 kotak tujuan asal untuk buat cornflakes coklat, tapi bila tengok cornflakes banyak-banyak ni rasa nak buat ayam goreng cornflakes jugak.


Kalau tengok gambar, macam ayam goreng krispy tu kan. Dan memang rangup pun bila kita goreng ayam dengan cornflakes ni.

Bahan-bahan:
Ayam fillet (boleh je nak guna bahagian lain pun)
Telur
Serbuk kunyit
Garam
Serbuk lada hitam
Cornflakes

Cara menyediakan:

Ayam fillet tadi digaul dengan kunyit, garam dan serbuk lada hitam. Perap dalam 30 minit.

Cornflakes diramas atau kisar kasar. 

Ayam yang diperap tadi digaul dengan sedikit telur kemudian disalut dgn cornflakes tadi. Kemudian goreng dengan minyak.

Goreng dengan api perlahan supaya ayam masak dan cornflakes tak hangit. Angkat dan toskan setelah masak. Siap!

Sangat sesuai untuk anak-anak yang suka makan ayam tu. boleh makan dengan sos dan mayonis. 
Previous
Next Post »