Resepi Cornflakes Coklat

Tahun ni buat kuih raya yang simple je. Paling senang nak buat, cornflakes coklat. 


Bahan-bahan:
Cornflakes (Kellog's / Nestle)
Coklat Masakan (hitam)
Coklat Masakan (putih) - untuk hiasan
Nutella
Shortening
Papercup

Cara-cara:

Cairkan coklat masakan hitam bersama nutella dan shortening guna kaedah double boiling. Nak senang, guna periuk nasi, isikan air dalam periuk nasi dan coklat masakan dalam saucepan.

Dalam masa yg sama, cairkan coklat masakan putih dalam bekas berasingan. Salwa guna warmer susu anak je. Haha

Bila coklat masakan hitam dah cair, masukkan cornflakes. Biarkan je saucepan tu dalam periuk nasi supaya coklat tak cepat mengeras bila kita nak masukkan cornflakes dalam papercup nanti. Gaul sebati dan masukkan cornflakes ke dalam paper cup.

Masukkan coklat putih dalam piping bag, dan hiaskan di atas cornflakes tadi. Biarkan sejuk sebelum di simpan ke dalam bekas. Siap!


Previous
Next Post »