Resepi Sotong Goreng Tepung yg Rangup

Baru-baru ni ada la aku upload gambar sotong goreng tepung yang aku masak. Lepas tu ada beberapa orang tanya resepi mungkin sebab nampak sedap? Aku pun tak sure. Tapi ni la sotong goreng tepung aku tu. 


Nampak sedap? Biasa je kan, tapi rangup sangat okay. At least taklah macam sotong goreng tepung mcm cucur sotong bawah lrt tu. 

So resepi dia simple je.

Bahan-bahan:
Sotong (potong bulat-bulat, buang la tulang, janggut, dakwat semua tu)
Tepung gandum
Tepung jagung
Tepung beras (optional, takdak pun okay je mcm aku ni)
Garam secukup rasa
Telur

Cara menyediakan:

Sotong dipotong bulat, tos dan lap sotong supaya tiada lagi air kat sotong tu. 
Untuk bancuhan tepung, guna nisbah 4:1:1. 4 tepung gandum, 1 tepung jagung, 1 tepung beras. Tak kisahlah 1 sudu ke, cawan ke mangkuk or besen asalkan cukup untuk sotong yg ingin digoreng. Campur garam secukup rasa.
Pecahkan telur ke dalam mangkuk dan campurkan dgn sedikit tepung gandum. Kacau.
Kemudian gaul sotong dgn telur, dan gaul jugak dgn campuran tepung tadi. Goreng dalam minyak sehingga masak. 
Angkat dan toskan setelah masak.
Siap! Sedia utk dimakan bersama orang tersayang. 



Previous
Next Post »