Breakfast Box untuk Laki

Sejujurnya taklah rajin sangat nak sediakan breakfast box setiap pagi, lagi-lagi dengan adanya Nazneen yang sememangnya akan bangun dalam pukul 5.30 pagi sebab dah lapar gara-gara tidur tak bangun-bangun semalaman. Tapi, sediakan breakfast awal pagi setiap pagi ni adalah satu kepuasan. Rasa tak lengkap haritu kalau miss buat breakfast, melainkan laki yang cakap takyah bekalkan breakfast sebab kat office ada potluck.

Tapi kadang-kadang ada jugak masanya terkandas sebab Nazneen meragam awal pagi, tak pun malam sebelumnya letih bebeno sampai tak larat nak bangun atau barang nak masak habis. (ni kes tersalah bajet barang dapur)

Selalunya buat yang simple-simple je yang boleh siap cepat. Biasanya laki akan keluar pergi kerja pukul 7.30 pagi, jadi pukul 7 pagi dah siap dah masak.

Antara menu yang selalu dijadikan breakfast box:

  • Nasi goreng (selalunya malam sebelumnya akan masak nasi siap-siap, bangun pagi goreng je)



  • Cucur udang
  • Nasi lemak (masak sambal dan goreng ikan bilis siap-siap, pagi tinggal nak masak nasi je) biasanya memang kat rumah ni dah ada sambal ikan bilis. Sebab Salwa selalu lunch makan nasi dengan sambal ikan bilis je. So memang buat stok banyak-banyak dalam fridge tu.
  • Cucur ayam kucai


  • Mee/Bihun/Spaghetti goreng
  • Roti telur
dan yang seangkatan dengannya.

Niat dihati kalau boleh hari-hari nak sediakan breakfast untuk laki. Tapi hujung bulan ni dah nak masuk belajar balik. So sediakan breakfast untuk diri sendiri dan housemates je la. Maka beruntunglah mereka yang jadi housemates Salwa tu. hehe.

Dulu masa intern satu tower dengan laki, selalu jugaklah pagi-pagi sediakan breakfast dan bawaklah bekal breakfast setiap pagi pergi office kami laki bini. Kalau dulu masa intern boleh buat, mesti masa dah study nanti lagi boleh buat. 


Previous
Next Post »