Infant/Toddler Carseat: Perlu Ke?

Kebelakangan ini banyak sangat berita tentang bayi tercampak dari kereta, kanak-kanak tercampak dari kereta dan seumpamanya. Mungkin ramai ibu bapa masih belum betul-betul menitikberatkan (tak pasti dieja rapat ke jarak, haha) keselamatan bayi dan anak-anak yang masih kecil ketika menaiki kereta. Tidak diakui semua ibu bapa menginginkan yang terbaik buat anak mereka, tapi itulah, perkara sebegini masih terjadi.


Masa pregnant dulu, antara barang yang dirasakan penting dan wajib beli sebelum baby lahir adalah carseat. Sebulan lebih jugak aku study pasal carseat ni. Dari segi kegunaan, compatibility, harga, ketahanan, keselesaan dan macam-macam lagi. Tengok youtube video, baca blog orang dan tanya mak-mak yang lagi berpengalaman.

Carseat ni ada banyak jenis:-
Infant carrier - juga dikenali sebagai group 0+ carseat. Yang ni boleh digunakan dari newborn sampai berat baby 13kg. Recline position tak boleh diubah dan hanya rear facing. 

Convertible carseat - juga dikenali sebagai group 0+/1 carseat. Yang ni boleh digunakan dari newborn sampai 4 tahun/berat 18kg. Recline position boleh diubah dan selalunya ada 3 atau 4 position. Boleh rear/forward facing.

Toddler carseat - boleh digunakan untuk baby 9 bulan ke atas. Hanya forward facing.

Booster - untuk yang berusia 3/4 tahun ke atas. 

Untuk Nazneen, kami belikan dia convertible carseat. Jimat sikit boleh pakai lama. Tapi ada kawan yang bermurah hati untuk bagi Nazneen infant carrier sebelum dia lahir sebagai hadiah. Alhamdulillah, rezeki.

Infant carrier ni memudahkan sebab ianya boleh attach pada stroller. Laki beli quinny zapp 2.0, dan alhamdulillah kawan hadiahkan maxi cosi cabriofix. Memang padanlah. 

Setakat Nazneen berusia 3 bulan ni, dia tak meragamlah duduk dalam carseat dia. Dan kami guna carseat ni sejak Nazneen berusia 2 hari, waktu nak balik rumah dari hospital. Ada yg tanya tips macam mana nak bagi anak suka duduk dalam carseat, tapi kami ni masih dikira sebagai new parents. Manalah layak nak bagi tips sangat pun. Kami pun banyak membaca tips dari orang dan bertanya officemate laki yang banyak pengalaman.

Antara tips yang mereka bagi:-
- pastikan carseat yang digunakan sesuai untuk umur baby. Takkanlah baby baru lahir nak guna toddler carseat kan. Dan pastikan dia berada di recline position yang betul.
- susukan baby sebelum memulakan perjalanan dan sendawakan dia.
- pastikan diaper kering sebelum memulakan perjalanan.
- letak soft toys pada carseat untuk elakkan baby bosan.
- pastikan baby tak panas atau terlalu sejuk.
- pilih waktu perjalanan yang sesuai; waktu baby selalu tidur.
- kalau perjalanan lebih dari 3 jam, berhenti rehat sebentar susukan baby/ tukar diaper.

Kami laki bini ikut tips tu je. Paling jauh perjalanan Nazneen dalam carseat adalah KL-Besut. Tapi taklah perjalanan tanpa henti kan. Boleh berhenti kat mana-mana RnR untuk susukan baby. 

Pada pendapat peribadi aku, sangatlah bahaya kalau pangku baby masa dalam kereta. Kalau dah guna carseat tu baguslah, tapi make sure pakaikan tali pinggang kereta kat carseat tu atau boleh guna isofix base dan juga pastikan pakaikan baby dengan tali pinggang pada carseat tu sendiri. Ini sangatlah penting. 

Nazneen masa umur 4 hari dalam infant carrier cap Maxi Cosi Cabriofix. Harga tak sure berapa sebab orang hafiahkan. Perjalanan dari KL ke Penang. Selalu 4 jam je, tapi ni jadi 7 jam. Sebab berhenti setiap 2 jam untuk susukan Nazneen. Jangan kata kalau baby kecik lagi tak sesuai letak dalam carseat, tapi sebenarnya waktu dia masih kecil la waktu yang paling sesuai untuk ajar dia duduk dalam carseat.

Sekarang dah makin membesar, tak lama lagi kena tukar carseat dah. 


Testing carseat yang kami laki bini beli. Convertible carseat cap Halford Solaris. Kami beli kat baby expo dengan harga 450. Yang ni boleh pakai dari newborn - 18kg.

Ada je local brand yang murah dan selamat macam sweet cherry dan kalau dapat beli waktu expo atau warehouse sale lagi la murah. Apa salahnya spend sikit untuk keselamatan anak. Mak bapak pakai seatbelt, takkan anak dibiarkan macam tu je. Memanglah ajal maut di tangan Tuhan, tetapi kita kenalah berusaha untuk pastikan keselamatan kan. 

:)




Previous
Next Post »

2 comments

Write comments
lily
AUTHOR
10 November 2015 at 19:02 delete

salam nk tnye, car seat halford solaris ni ok x...selesa ke kat baby, material die ok? kalo baby 2bln pakai ok je kan.. sy nak beli dlm masa terdekat..tgh survey2

Reply
avatar
19 November 2015 at 05:00 delete

Alhamdulillah selesa je baby sy pakai. Utk 2 bulan selalunya baby dah besar sikit so mmg lagi selesa la patutnya. Lgpun solaris mmg boleh pakai dari newborn sbb dia ada infant insert tu.

Reply
avatar