Resepi Ayam Rosemary

Selalu kat rumah ni memang menu kegemaran adalah yang berasaskan ayam la. Lagipun ayam je yang rasa murah sikit lagi-lagi kalau dapat beli masa ada promosi. Ikan pun murah, cuma selalu dapat ikan yang dah tak segar. Kalau kat Penang memang selalu dapat makan ikan dan segala jenis makanan laut yang fresh sebab mak memang selalu beli ikan dari bot nelayan. Segar, murah pulak tu.

Berbalik kepada ayam rosemary ni, mula-mula tak rancang pun nak buat ayam rosemary. Tapi disebabkan dah habis idea dah nak masak apa, jadi ayam rosemary la yang dicubanya kali ni. Dan kali ni bakar ayam guna Pemanggang Ajaib.



Bahan-Bahan:

  • Ayam (ikut banyak mana yang nak) - Salwa guna 5 ketul ayam, tapi lagi best kalau guna ayam yang dipotong 1/4
  • 1 inci halia ditumbuk
  • 1 1/2 sudu rosemary
  • 1 sudu lada hitam
  • 1 sudu paprika
  • 6 ulas bawang putih dihiris nipis
  • 3 sudu olive oil
  • 2 sudu jus lemon
  • garam secukup rasa
  • bawang besar dipotong 4 - tapi Salwa mayang bulat sebab lagi suka makan macam tu
  • kentang
  • lobak merah

Cara menyediakan:

Bersihkan ayam dan toskan.

Campurkan semua bahan-bahan (kecuali lobak merah dan kentang) ke dalam satu mangkuk besar dan gaulkan sebati. Perap selama 1 jam (lagi lama lagi bagus)



Masukkan kentang dan lobak merah ke dalam mangkuk yang sama dan gaul.

Susun semua di atas pemanggang ajaib dan bakar sehingga masak.


Siap. Walaupun agak buruk rupanya, tapi sedap.




Previous
Next Post »