Resepi Daging Sweet Sour


Kadang-kadang pening jugak fikir nak masak apa hari-hari. Selalunya akan buat meal plan untuk seminggu terus sebab senang nak beli barang dapur untuk seminggu. Taklah membazir untuk barang yang cepat rosak tu.

Ni dinner minggu lepas punya. Disebabkan minggu lepas tak buat meal plan, masak je apa yang tinggal dalam fridge tu. Daging sweet sour, sayur sawi, sambal belacan. 

Bahan-bahan:
  • Daging dipotong kecil (nak senang guna daging batang pinang, cepat lembut)
  • 3 sudu sos cili
  • 3 sudu sos tomato
  • 2 sudu sos tiram
  • 1 ulas bawang merah *
  • 2 ulas bawang putih *
  • 1/2 inci halia *
  • lobak merah
  • cili merah
Cara penyediaan:
  • Bahan  bertanda * dihiris halus dan tumis ke dalam kuali dengan sedikit minyak.
  • Masukkan daging dan kacau sebentar hingga daging sedikit masak.
  • Masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram. Kemudian tambahkan sedikit air untuk pastikan daging masak sepenuhnya.
  • Masukkan lobak merah dan kacau sehingga masak.
  • Apabila daging sudah lembut, masukkan cili merah dan tutup api.
  • Siap!


Previous
Next Post »