Resepi Puding Oreo Lapis Milo


Bahan-bahan:
• 1 peket serbuk agar-agar (10g)
• 1 tin susu cair
• 750ml air
• 1 cawan gula (anggaran 10-12 sudu)
• 1 peket oreo
• 3/4 cawan milo

Cara-caranya:

Masak air, serbuk agar-agar dan gula sehingga larut. Kemudian masukkan susu cair perlahan untuk elakkan buih (nanti tak cantik puding)

Biar seketika dan asingkan 2 cawan campuran tadi ke dalam periuk berasingan dan biarkan di atas api perlahan. 

Bancuh milo dengan air suam sebelum dimasukkan ke dalam campuran yang diasingkan tadi.

Tuang campuran susu (putih) ke dalam bekas dan masukkan oreo yang dipatahkan dua.

Tunggu sehingga lapisan oreo sedikit keras sebelum masukkan campuran milo. Tunggu sejuk dan masukkan dalam peti sejuk.
Previous
Next Post »