Wrap VS Kokadi Flip

Entri kali ni nak cerita pengalaman babywearing yang baru je beberapa bulan ni sebab anak pun baru 4 bulan. Hehe.

Sebelum Nazneen lahir lagi Salwa dah beli satu woven wrap. Salwa ada membaca dan mendengar experience kawan-kawan pasal babywearing ni and most of them cakap babywearing ni memudahkan. Yelakan, tak semua tempat yang kita pergi tu stroller-friendly. Takkan la nak dukung dengan bare hand je lagi-lagi untuk newborn ni, masih fragile dan dengan support betul-betul badan dia. 

Kat sini Salwa nak share infographics melalui pembacaan tu.


Ni adalah jenis-jenis carrier/penggendong yang selamat untuk anak-anak kesayangan anda. Dan kat bawah ni adalah jenis carrier yang bersesuaian mengikut peringkat umur anak.


Setakat ni kami laki bini baru je mencuba 2 jenis carrier; woven wrap dan juga soft structured carrier (ssc). Woven wrap ni ada banyak jenama dan kami hanya beli local brand je sebab itu yang mampu milik; Daiesu woven wrap dengan harga RM270 kat website Daiesu. Woven wrap ni ada beberapa saiz dan kami beli saiz 5 (4.2m).


Ni waktu Nazneen umur 2 bulan (agak ke bawah sikit aku wrap sebab tengah nursing, patutnya atas lagi sampai boleh cium baby). Jalan-jalan kat Avenue K dan KLCC. Seperti yang korang tau, kan tempat-tempat ni sangatlah tak stroller-friendly dan sesak serta agar susah la nak guna stroller kat tempat macam ni, so babywearing made easy. 2 jam aku gendong Nazneen macam tu dan dia tidur je sepanjang kami laki bini shopping.


Laki pun belajar jugak guna wrap ni. Tak susah pun cara nak wrap, boleh je refer video-video kat youtube dan yang paling best yang video mak rambut pelangi tu. https://m.youtube.com/user/Bikerbaby2011

Lepas Nazneen dah 3 bulan, kami laki bini beli ssc, tapi bukan ssc biasa la. Tapi hybrid ssc iaitu Kokadi Flip yang boleh dipakai dari newborn. Untuk ssc yang lain, tak digalakkan untuk guna dari newborn sebab tak dapat kekalkan C-shape baby dan seolah-olah memaksa baby duduk. So ssc tu sesuai digunakan bila baby dah 4 bulan. Kokadi Flip dan ssc emeibaby adalah antara ssc yang boleh digunakan dari newborn.


Testing kokadi flip dalam rumah. Nazneen macam suka je kena gendong macam ni. Boleh tertidur bila masuk dalam carrier.



Pergi shopping pun gendong je Nazneen. Boleh la kami laki bini berpegangan tangan sambil shopping.

Daripada pengalaman kami babywearing, Salwa prefer Kokadi Flip dari segi nak cepat dan mudah, tapi dari segi keselesaan nak gendong lama-lama, mestilah wrap. Sebab rasanya ssc ni berat baby, bahu dan pinggang kita yang support, tapi untuk wrap keseluruhan badan kita support. Wrap ni yang lecehnya nak wrap masa kat tempat parking la. Ambil masa sikit dan kain meleret-leret. Tapi bila dah pakai banyak-banyak kali, boleh la wrap in less than 5 minit. Jangan pulak wrap baby siap-siap sebelum memulakan perjalanan. No babywearing in car tau. Bahaya sebab bila berlaku kemalangan, baby pulak seakan-akan jadi kita punya airbag.

Dari segi nak dapatkan deep seat baby, 2 2 carrier pun mudah. Lagipun 2 2 carrier dibuat daripada material yang sama. Kokadi Flip ni walaupun ianya adalah ssc, tapi ianya diperbuat daripada kain wrap.

Yang penting dalam babywearing ni, pastikan kita gunakan carrier yang ergonomic, yang support from knee to knee baby, gunakan carrier tang original bukan yg fake dan seangkatan dengannya dan juga guna carrier yang bersesuaian dengan umur baby. Crotch carrier dan hipseat sangatlah tak digalakkan sebab tak menjaga tulang belakang baby dan crotch carrier tak knee to knee. Dah nama pun crotch kan.

Banyak lagi brand wrap dan ssc yang ada.
Wrap: Daiesu, Little Frog, Boba, Jumpsac, Kokadi, etc
SSC: Jumpsac, Snuggbaby, Ergo, Boba, Tula, etc

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, boleh la join group Malaysian Babywearers kat Facebook.





Previous
Next Post »

3 comments

Write comments
Anonymous
AUTHOR
16 August 2015 at 17:46 delete

Comelnya Nazneen.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
26 December 2015 at 19:42 delete

Kokadi flip sis beli kat mana? Berapa rm?

Reply
avatar
27 December 2015 at 00:45 delete

Beli dari Bebe Miki (facebook page) harga rm640

Reply
avatar