Jualan Gudang Anakku, KIKO, PONEY

Sejak jadi mak-mak ni, kadang-kadang tu follow la jugak bila mana ada baby expo atau warehouse sales ni. Nak jimat kan. Sekarang barang semua makin mahal, kenalah berbelanja secara bijak walaupun hakikatnya baby expo dah tak semurah harga sebelum GST dulu. Harini sempatlah menjengah ke Jualan Gudang Anakku, KIKO dan PONEY yang bertempat di Dewan Ampang Jaya.

Sampai sana sebelum dewan buka lagi tadi. Bukan excited sangat pun, tapi memang plan nak breakfast kat kedai area situ dulu dengan kawan. Bila sampai awal ni, memang orang tak ramai pun lagi. Tambahan pula harini kan jumaat, warga kota masih bekerja kan. First impression, banyak jugaklah barang yang ada dan besar jugaklah. Antara barang yang ada kat sana ialah pakaian kanak-kanak, mainan, kelengkapan mandi (sabun, shampoo, wet tissue), stroller, comforter, handbag mak-mak pun ada okay. Tak dilupakan jugak socks bapak-bapak dan boxer bapak-bapak. Tak faham kenapa ada barang macam tu kat warehouse sale budak-budak. 

Tengok gambar je la k. Tak reti nak ulas panjang-panjang. Tapi sebenarnya taklah murah sangat pun pakaian kat sini. Range harga dari RM5 - RM29 untuk pakaian kanak-kanak KIKO dan Anakku. Tapi untuk PONEY, semua harga bawah RM35. Sempat la jugak belikan Nazneen sehelai 2 seluar jeans PONEY.


stoking bapak-bapak dan boxer bapak-bapak


wet tissue yang boleh dikira murah la jugak. Yang harga PM15.90 tu kalau kat Aeon dalam RM19.90.


Bawah ni semua pakaian dari jenama PONEY dan semua harga bawah RM35. Ada jeans, dress, tshirt, shorts.





Tadi cuma beli beberapa rompers GAP yang berharga RM5/helai, wet tissue beberapa bundle dan baju beberapa helai.


Katanya harga barangan daripada RM1 ke atas, tapi setakat pergi sana dalam 1 jam tu, tak pulak jumpa barang harga RM1. hehe.
Kepada yang nak pergi menjengah tu, boleh la pergi. Lama lagi sale ni berlangsung. Sampai 13/9/2015 tu.

Esok ada Pureen Stock Clearance pulak kat Glenmarie Shah Alam. Yang ni memang highly recommended la untuk mak-mak yang nak cari baju pakai harian kat rumah tu. Sebab harga sehelai RM2 je. Sepasang RM4 - RM5. Harap harga tak berubah la daripada yang stock clearance sebelum ni.




Previous
Next Post »