The Making of Supermom : Kriteria Babysitter/Taska

Dalam entri sebelum ni, aku cerita berkenaan Misi Mencari Babysitter , so entri kali ni nak cerita apa kriteria-kriteria yang kami laki bini pentingkan dalam memilih babysitter/taska.

Mula-mula memang taknak pun hantar Nazneen ke taska sebenarnya, sebab bagi kami laki bini, babysitter yang jaga budak kat rumah lagi ok. Suasana rumah macam kat rumah sendiri, bilangan budak yang tak ramai dan macam-macam la. Tapi bila tiada pilihan, ke taska jugak la Nazneen dan sejujurnya sangatlah sukakan taska tu.

Antara kriteria yang kami titikberatkan:

Babysitter
  1. Beragama Islam.
  2. Tak merokok - yang ni rasanya kebanyakan parents yang tak merokok memang nakkan semua orang kat rumah babysitter tu tak merokok. 'Babysitter tak jadi' Nazneen dulu tu husband dia merokok, tapi aku hantar jugak Nazneen kat dia 3 hari. Sebab sepanjang observation aku, husband dia tak merokok kat rumah pun. Kalau ada pun, kat luar rumah je. Dan husband dia sangatlah jarang ada kat rumah.
  3. Pet free - aku bukan tak suka pet, tapi rasa tak selamat pulak kalau ada pet berkeliaran dalam rumah tu bila ada baby.
  4. Rumah dalam keadaan bersih.
  5. Ada pengalaman mengasuh baby - Yela kan, takkan nak hantar ke babysitter yang tak reti nak jaga baby pun kan.
  6. Pro-breastfeeding - Yang ni aku tekankan sikit la. Sebab ada babysitter yang rasa baby yang minum susu ibu ni leceh nak jaga. Lagi-lagi bila baby yang suka mengempeng ni. Taknaklah dia tetiba suruh bagi formula milk atau tetiba dia bagi makan nestum secara sembunyi.
Taska:
  1. Taska mestilah taska yang berdaftar.
  2. Persekitaran taska yang selamat dan bersih - kena tengok jugak lokasi taska tu berhampiran kilang ke atau apa2 kawasan yg tak selamat dari segi alam sekitar. hehe
  3. Pro-breastfeeding - mesti tau cara kendalikan susu ibu. 
  4. Ada bilik khas untuk baby yang masih kecil dan ada kuota untuk jumlah kanak-kanak dan baby yang boleh dihantar ke situ.
  5. Dari segi pengalaman dan kecekapan, selalunya taska ni, teachers dan diajar cara kendalikan budak dan lebih berpengalaman la.
  6. Taska mementingkan nilai-nilai moral dan islamik
sumber : Google.com

Tapi yang paling enting sekali, bersemuka dan tanya la macam-macam soalan dulu sebelum hantar anak ke sana. 

Sebelum hantar Nazneen ke taska, dah tanya macam-macam kat owner taska tu. Kebetulan masa pergi ke taska tu, owner dia ada kat situ dan semua teacher dia baru berkemas-kemas nak pulang ke rumah. Alhamdulillah semua soalan-soalan aku terjawab dengan jawapan yang memberangsangkan. Dan anak owner taska tu pun memang dihantar ke situ. Teacher kat situ pun tahu cara nak handle EBM dan kuota untuk baby bawak 1 tahun pun hanyalah 5 orang, kuota semua budak adalah 20 sahaja.

Dan hampir sebulan Nazneen kat taska, dia pun dah happy. Tak lama lagi dah boleh introduce solid food ke Nazneen. Nanti perlu tanya taska jugak macam mana pengendalian solid food baby. 

Yang penting dalam pemilihan taska/babysitter ni, ringankanlah mulut bertanya dan selalu update dengan taska tentang anak. Ni bukanlah tips pun sebenarnya, cuma cerita apa kriteria yang kami utamakan dan pengalaman kami hantar anak ke taska. =)

Previous
Next Post »