The Making of Supermom : Misi Mencari Babysitter

Supermom la sangat kan. Padahal ramai lagi mak-mak diluar sana yang sangat awesome. Dah lama tak update blog sebab terlalu sibuk menguruskan kehidupan di Tronoh. Bila dah sambung belajar balik ni memang tak sempat nak menghadap blog ni. Lagi-lagi bila semua perlu diuruskan sendiri sebab laki kat KL. Bini dan Nazneen je kat Tronoh ni. Parents, mestilah kat rumah mereka sendiri.

Cerita Pengasuh:

Lepas dah berjaya dapat rumah sewa, misi mencari babysitter pun bermula la. Rumah sewa tu cari awal jugaklah. Bulan 7 dah cari, padahal nak duduk bulan 9. Nasib baik akak tu baik sudi hold rumah tu untuk kitorang. Dan lagi bertambah baiknya bila mana dia jugak dah tanyakan akak sebelah rumah yang jugak merupakan babysitter kepada anak cikgu yang duduk depan rumah kitorang tu. Akak tu pun sudi mengasuh Nazneen. Jadi, kitorang pun lega lah sebab segalanya dah settle. 

Sebelum hantar Nazneen kat akak sebelah rumah tu, kitorang dah buat research dan kaji selidik dulu untuk tau latar belakang dia, keadaan rumah dia, macam mana dia handle baby sebelum ni, tau tak cara nak bagi baby minum susu ibu dan segala mak nenek lagilah. Semua kriteria yang kami cari dia lulus, KECUALI, husband dia merokok. Pada mulanya memang macam taknak la. Tapi sebab husband dia hanya merokok di luar dan tak merokok dalam rumah dan depan budak-budak, boleh la kira lulus kriteria tu.

Semester start 21 September, dan aku hantar Nazneen seminggu awal la untuk percubaan. Ye la kan, kang dia tak serasi dengan babysitter tu, susah jugak. Hari pertama hantar, Nazneen reject minum guna botol dengan akak tu dan dia menangis teruk sangat. Setakat haritu, Nazneen bukanlah sorang baby yang selalu nangis kuat macam tu dan itu adalah kali kedua kami laki bini dengar Nazneen nangis seteruk tu. First time masa kitorang sampai kampung pukul 10 malam. 


Mak mana kan yang sampai hati nak dengar anak nangis macam tu. Tapi aku still biar je, tak la pergi ambik. Dugaan betul bila babysitter sebelah rumah ni.Bila anak menangis, rasa nak pergi ambik balik je. Hahaha. Tapi beberapa minit kemudian, babysitter tu panggil sebab Nazneen taknak berhenti nangis. Aku pun pergi la pujuk, bagi susu dan dia tidur. Ingatkan dah ok la lepas tu. Tapi masih sama. Bangun je tidur, terus nangis. Hari pertama bertahan separuh hari. Hari kedua, jadi benda yang sama jugak. Tapi sebelah petang dia dah ok. Tapi masa hari kedua, akak tu dah cakap yang kalau Nazneen tak okay jugak dengan dia sampai Jumaat, dia tak boleh jaga Nazneen. Masa dia cakap macam tu, aku dan boleh buat early conclusion dah pasal dia; bukan penyabar. Dan dia asyik cakap 2 orang anak cikgu yang dia jaga tu okay je, taklah nangis macam ni. Masa tu dah rasa nak tukar babysitter dah. Dah start cari yang lain dah pun.

Hari ketiga, tak hantar sebab cuti hari Malaysia. Hari keempat, hantar, tapi hanya bertahan sampai pukul 10. Aku terus bertekad untuk ambik je dan cakap kat akak tu aku akan cari orang lain je jaga. Padahal masa tu memang belum jumpa dan takdak idea pun nak suruh sapa jaga. Dahla sorang2 kat tempat orang kan.
menangis teresak-esak sampai tidur pun ada air mata lagi weh.

Cerita di Taska:

Petang hari khamis tu buat rondaan kat taman-taman sekitar. Last sekali jumpa lah satu taska ni dan kebetulan ada kosong 1 untuk baby bawah 1 tahun. Walaupun ramai yang cakap baik hantar kat pengasuh di rumah je daripada kat taska, tapi memang aku biar je la. Doa la semoga dia ok kat taska ni. Dan akan start hantar pada 21/9, hari aku start kelas dah. Tawakkal je la supaya Nazneen ok kat sana.


Hantar kat taska seawal jam 8 pagi. Paling awal boleh hantar 6.45 pagi dan ambil 6.30 petang. Malam sebelum hantar tu memang nervous la. Doa banyak2 supaya Nazneen ok kan sana. Lepas dah hantar, aku pun pegi la kelas. Lepas habis kelas pertama lebih kurang pukul 12, check handphone dan takdak pun call dari taska. Tunggu lama lagi pun takdak call. Aku pun terus la call just nak tau Nazneen ok ke kat sana.

Teacher cakap dia ada la nangis sikit, tapi dia okay je minum susu guna botol dan teacher dia puji sebab Nazneen ni senang tidur. Bagi susu, tukar diaper, then dia main-main sikit terus tertidur sendiri. Lega jugaklah dengar. First day terus berjaya duduk situ dari pagi ke petang. Dan hari-hari seterusnya pun dia ok je kat sana. Hari pertama sampai ketiga je dia ada nangis-nangis sikit. Lepas hari ketiga, cuti Raya Aidiladha. Time ni risau jugak sebab takut tetiba dia tak okay pulak dengan taska tu sebab cuti lama sangat. Tapi sangkaan aku meleset sebab dia boleh senyum-senyum je masa nak hantar ke taska isnin lepas cuti panjang tu. 


Fuh! Leganya hati seorang mak. Dan sampai ke harini, Nazneen dah makin happy kat taska tu. Bila pegi fetch dia je, macam2 la dia dok bercerita guna bahasa baby dia sepanjang perjalanan dari taska ke rumah. Susu pun habis minum 6 botol sehari. 3.5oz setiap botol. Semoga membesar dengan jayanya dengan susu ibu.

Nantikan The Making of Supermom episod yang keseterusnya. haha. 

Previous
Next Post »