Cara Cuci Soft Toys

Baru-baru ni Salwa ada la beli preloved soft toys. Murah dan teramatlah murah. Berbaloi la kalau nak bagi anak-anak main kan. Daripada beli mahal-mahal tapi dia taknak buat apa kan. Beli yang preloved ni, kalau Nazneen taknak main, boleh la ibu dia buat collection toys kan. hehe. 

Beli semua soft toys ni dengan harga RM60 termasuk postage, tapi tak termasuk Nazneen la. Berbaloi sangatlah. Walaupun preloved, tapi masih elok lagi, dan teddy bear yang kiri sekali tu, bateri dia masih berfungsi dengan baik. 


Bila dah beli preloved toys ni, untuk kebersihan, kenalah cuci bersih-bersih dulu kan. Manalah tau kesan air liur pengguna sebelum ni atau terpijak ke. Tak susah pun cara nak cuci soft toys ni. Boleh basuh guna mesin basuh je. Tapi bukanlah hentam je guna mode mana-mana. Nanti rosak pulak toys tu.

Cuba tengok kat mesin basuh rumah korang. Mesti ada mode Delicate kan. Guna mode ni la untuk cuci benda-benda yang soft ni. Sesuai jugak guna mode delicate ni untuk cuci woven wrap.


Selain dari mode delicate, kalau soft toys tu baby yang main, lagi baik kalau cuci dengan sabun pencuci yang selamat untuk baby. Salwa guna TLC Green Babes & Kiddies Laundry Wash. Sabun ni jugak yang Salwa guna untuk cuci baju-baju Nazneen. Kalau sabun-sabun biasa tu banyak chemical kan, takut pulak bila baby masukkan toys dalam mulut. Dan elakkan jugak guna softener walaupun softener tu mengharumkan dan melembutkan toys sebab kandungan chemical yang tinggi.


Campak je semua masuk dalam mesin basuh, masukkan sabun dan guna mode delicate untuk mencuci.



Lepas dah cuci, bolehlah jemur di jemuran. Tapi disebabkan lepas habis cuci tadi, cuaca berubah menjadi mendung, terpaksalah guna kaedah lain untuk mengeringkan soft toys ni. Kalau jemur di jemuran tu, janganlah jemur bawah direct sunlight, sebab takut warna pudar nanti. Salwa guna hair dryer je nak keringkan toys ni. Kejap je dah kering dan fluffy gitu.
Cara lain, boleh jugak kalau keringkan guna dryer tu. Boleh la hantar dobi untuk cuci dan keringkan toys ataupun pergilah ke mana-mana self service laundry yang berdekatan.


Lepas dah cuci bersih-bersih dan keringkan, barulah berselera sikit tengok toys ni. Taklah risau akan kebersihan toys ni. Kalau toys yang baru pun seeloknya cuci dulu sebelum bagi baby main. Lagi-lagi kalau toys yang tak berbalut dan tak berkotak.



Previous
Next Post »