Rawatan Batuk, Selsema Berkahak Dr Nadir

Buat pertama kalinya minggu ni Nazneen selsema dan batuk sikit-sikit. Setiap kali dia bersin, keluar hingus yg macam lendir-lendir sikit dan kadang2 macam ada mix dengan lendir berwarna kuning. Hari Jumaat haritu lagi dia selsema dan tak hantar la dia ke taska. Risau pulak berjangkit ke anak orang lain nanti. Taknaklah jadi mak yg tak bertanggungjawab. Nasib baik jugaklah takdak kelas hari tu. Cuma kena submit proposal je.

Malam tu selsema dah ok. Walaupun dia selsema, tidur malam dia takdak masalah. Lena je dan tak pun kerap bangun sebab tak selesa ke ape ke. Sabtu balik ke kl dan memang langsung takdak simptom masih selsema dan batuk. Tapi hari ahad malam dia mula bernafas berbunyi dan ada hingus serta lendir2 kuning hijau.

Hari isnin tu memang dah decide nak bawak dia pegi klinik pun utk sedut kahak dia. Pagi2 tu lepas subuh dia muntah yg sangat banyak pulak. Memang keluar banyak sangat kahak tapi masih ada yg bersisa lg. Ramai yg recommend suruh ke Klinik Wangsa. Ada Dr Nadir Khan yg sangat expert dalam merawat baby dan toddler yg selsema, batuk, berkahak ni. 

Sampai klinik dalam pukul 9 pagi dan dapat giliran yang ketiga. Tak lama sangat pun menunggu dan dipanggil masuk. Doktor ni sangat peramah dan sangat bagus explain kat kami laki bini pasal batuk, kahak, demam, selsema ni. Dia cakap babies yg selalu demam ni selalunya sebab kahak yg terkumpul. Selalu pegi klinik doktor akan bagi ubat utk stop batuk dan selsema tapi Dr Nadir ni dia akan bagi ubat utk galakkan batuk. Untuk buang kahak-kahak yg terkumpul ni. Kenapa nak stopkan tanpa cari dah hapuskan penyebab dia kan. Sebab bila lama2 kahak terkumpul nanti macam2 penyakit lain yang datang.

Sebelum dia mulakan rawatan dia akan tanya history patient dulu. Delivery method, pernah warded ke sebelum ni, parents ada lelah ke tak. Lepas tu dia ada ajar juga teknik percussion untuk cairkan kahak. Dan ajar cari tepuk belakang kiri dan kanan serta depan kiri dan kanan dada baby.


Lepas tu mulalah guna nebulizer untuk cairkan dulu kahak sebelum dia sedut kahak tu. Masa neb ni pun Nazneen dan muntahkan kahak banyak sangat. Nangis-nangis dan meronta-ronta dia masa neb ni. Sampai tercabut stokin sebelah. Lepas dah neb, Dr pun sedut la kahak. Banyak sangat kahak yg keluar. 

Bila dah habis sedut, baru lah dengar Nazneen bernafas macam lega sikit dah tak tersumbat hidung. Tapi Dr Nadir still suruh buat sendiri kat rumah nanti utk sedut lagi lebihan kahak yg ada, kahak yg dah tak sepekat yg disedut tadi lah.

Memang highly recommended la kepada parents yg ada babies yg selsema berkahak tu. Lokasi klinik ni di Seksyen 1 Wangsa Maju. Klinik Wangsa. Shif Dr Nadir adalah 9pg - 5ptg. 

Total cost tadi adalah RM106. Neb, sedut kahak, dan ada 4 ubat yg dia bagi.

Previous
Next Post »