Review: Maxi Cosi Cabriofix

Haritu ada yang bertanya pengalaman menggunakan maxi cosi cabriofix dan halford solaris. Jadi entri kali ni nak review sikit la setakat hampir 7 bulan guna Maxi Cosi Cabriofix. Halford Solaris tak dapat nak review lagi sebab baru je guna 2 hari.

Ni antara kriteria yang akan di-review

  • Keselesaan - Kami gunakan carrier/carseat ni sejak Nazneen lahir. Umur 2 hari dah duduk dalam carseat ni masa otw nak balik rumah dari hospital. Perjalanan yang dekat, Nazneen selesa je, tak merengek pun walaupun ada orang yang cakap dia terlalu kecik untuk carseat tu. Masa hari ke4, perjalanan dari KL ke Penang yang memakan masa hampir 7 jam sebab bawak slow dan banyak berhenti untuk breastfeed Nazneen. (Salwa tak susukan dia masa kereta bergerak ye). Sepanjang 7 jam perjalanan tu dia tak banyak hal la. Elok je dia duduk. Sampai sekarang ni pakai memang takdak masalah la walaupun balik Terengganu 9 jam pun.

  • Harga - Tak sure kat kedai boleh dapat harga berapa. ada yang kata RM999. Tapi kalau beli online, RM600 pun boleh dapat dah. Memang mahal sikit, tapi demi keselesaan dan ketahanan, why not kan.
  • Pilihan Warna - Ada banyak pilihan warna, yang kami ni warna merah.
  • Compatibility - Kami memang setiap kali keluar akan guna carseat ni. Lepas tu, dulu masa Nazneen belum masuk 4 bulan, memang akan guna carseat ni attach kat stroller Quinny Zapp Xtra 2.0. Lagi-lagi bila dia tidur dalam kereta. Terus angkat je carseat ni instead of kejutkan dia untuk letak dalam seat stroller. Maxi Cosi ni jugak compatible dengan banyak stroller yg lain. Kena check compatibility dia la sebelum beli.
  • Pemasangan - Nak pasang kat kereta pun tak susah. Selain disediakan manual yang sangat mudah nak difahami, kat carseat ni sendiri pun ada gambar untuk guide cara nak pasang seat belt kereta. Lama-lama, Salwa boleh pasang seat belt ni kurang dari 30 saat. Tapi diingatkan, ini adalah Group 0 carseat. Jadi boleh rear facing sahaja.


  • Sesuai untuk small baby - Maxi cosi ni ada infant insert (inner cushion) untuk elakkan baby kecik dari tenggelam. Sebab tu la dia sangat sesuai untuk infant (newborn). Carbiofix ni sesuai dari newborn sampai berat baby 13kg. Tapi bila baby dah besar sikit, boleh la keluarkan inner cushion tu untuk lagi selesa.

Jangan letak carseat di sebelah driver kalau ada airbag system kat depan tu. Sangatlah tak selamat okay. Letak lah kat belakang. Boleh refer link ni untuk Carseat Position. Kalau tengok dalam gambar ni, best position dia suggest no 4. Sebab no 1, if ada airbag tak boleh. No 2, kalau nak berhenti tepi jalan, susah untuk keluarkan anak sebab banyak kereta lalu lalang.

Ni masa Salwa travel berdua je dari Perak - Penang dengan Nazneen. Letak depan sebab belakang seat belt rosak.


Kalau travel berdua naik Viva, memang letak belakang je. Nak hantar ke taska pun letak belakang position no 2 sebab nanti berhenti kereta side Nazneen duduk dekat dengan pagar taska.

Setakat hampir 7 bulan menggunakan maxi cosi cabriofix ni sangatlah berpuas hati. Nazneen dan ibu happy dengan carseat ni. Tapi sekarang Nazneen dah outgrown dah carseat ni. Jadi kami dah tukar guna carseat yang lain. Walaupun berat tak sampai 13kg lagi pun, tapi Nazneen ni tinggi.


Sedikit selingan. Biasanya kalau pergi tempat yang tak stroller friendly, Salwa lagi suka babywearing je. Mudah pun mudah. Free hand.



Sekian sahaja review kali ni. Nanti nak review Halford Solaris pulak.
Previous
Next Post »

2 comments

Write comments
G324
AUTHOR
26 December 2015 at 15:41 delete

salam. ternampak ur blog. maxi cosi tu still available ke? whatsapp 0132877324

Reply
avatar
27 December 2015 at 00:44 delete

Sorry. Tak plan utk jual carseat tu. Simpan untuk next baby.

Reply
avatar