Review: Pigeon Peristaltic Plus™ Bottle

Alhamdulillah masih berpeluang berkongsi pengalaman sebagai mak yang baru setengah tahun jagung ni. Rasanya ramai mak-mak kat luar sana pernah melalui pengalaman di mana baby reject botol, lagi-lagi mak-mak yang bekerjaya/masih belajar/ yg tak boleh direct feed anak 24 jam. Takkanlah nak berhenti kerja/belajar sebab anak taknak minum guna botol kan. Samalah dengan kes kami laki bini ni bila mana Nazneen reject botol.

Kisahnya masa Nazneen sebulan, Salwa dah ajar dia minum guna botol, sehari at least sekali minum dgn botol. First botol yg dibeli ialah Tommee Tippee. Masa first bagi, terus rasa yes! Nazneen tak reject. Lega la jugak sebab tak payah susah-susah nak kena beli berpuluh jenis teats yang lain untuk trial and error kan. Dan berbangga la jugak dengan diri sendiri sebab first botol je terus ok. haha.

Ku sangka panas hingga ke petang, tapi rupanya hujan di tengahari. Habis baju di jemuran. Tetiba lagi 2 minggu nak sambung belajar balik, Nazneen terus taknak botol tu. Menangis-nangis meronta taknak minum susu dengan botol tu. Bahkan dia sanggup tidur daripada minum susu. Orang kata nak ajar baby minum guna botol ni kena cekal tabah hati kering sikit. Dah habis cekal dah ni, sampai tertidur Nazneen. 

Tips lain yg orang bagi ialah suruh orang lain yg bagi susu tu. Sebab kalau mak sendiri yg bagi, dia boleh rasa ada kehadiran mak dia kat situ, kenapa nak minum guna botol kan. Gittuuuhh. Tapi dah cuba jugak orang lain yg bagi, tetap dia taknak dan tertidur kelaparan lah anakku.

Lepas dari tu, mulalah misi mencari botol dan teats yang lain pulak. Gambar bawah ni antara botol dan teats yang kami laki bini beli demi menjayakan misi mencari botol susu kegemaran Nazneen. Yang takdak dalam gambar adalah MAM dan Avent. Daripada semahal-mahal teats, sampailah semurah-murah teats yang seketul RM1.50 tu pun dia taknak.


Hampir berputus asa la jugak. Hampir-hampir buat keputusan untuk berhenti belajar je. Demi anak weh, apa pun sanggup. Tapi misi tetap diteruskan jugaklah. Pergi Manjaku kat Wangsa Maju tu, sebab senang kat situ macam-macam brand ada kan. 2 3 kali jugak pegi sebab sekali pegi beli dalam 2 jenis je untuk cuba dulu. Dekat je dengan rumah kedai Manjaku ni. Dah try Tommee Tippee, NUK wide neck, slim neck, First year, Pigeon murah, Pigeon Peristaltic slim neck, MAM, Avent. Yang ada dalam list tapi belum cuba adalah Mimijumi dan Comotomo. 

Lepas tu Terpandanglah satu botol warna kuning coklat ni. Pigeon Peristaltic Plus. Tengok botol ni, taklah menarik sangat pun. Harga pulak mahal betul. Tapi cuba la jugak beli kot serasi dengan Nazneen.


Percubaan pertama malam tu dia taknak minum, tapi taklah ditolaknya botol tu. Dia main-main gigit2 teat botol tu je. Ok lah. At least taklah ditepisnya macam botol yang lain. 


Percubaan kedua siangnya, sekali bagi terus minum. Tapi taknaklah happy sangat lagi takut masa ni je dia minum, next time dia taknak. Petang tu try bagi lagi dan alhamdulillah dia ok je terus minum tanpa tolak. Dan hari berikutnya pun dia ok je minum dengan botol ni. Alhamdulillah dapatlah mak sambung belajar balik. Fuh! Sambil nyanyi... "Pencariankuuuuu kini telah berakhir......."

Taktau kenapa boleh tetiba je dia reject botol yg dia ok je selama ni dia tak tolak. Nasib baiklah dengan botol Pigeon Peristaltic Plus ni dia tak tolak dan dah hampir 3 bulan dengan botol ni. Nazneen jugak tak nipple confused, maknanya dia still nak direct feed. Cumanya, kalau dengan Salwa, memang botol ni dia tak pandang la. Nak yg original jugak.

Antara kelebihan botol Pigeon Peristaltic Plus ni:

  1. PPSU PP Bottle - Botol lebih tahan (kalau ikut manual, botol ni tahan setahun katanya, boleh sterilize berjuta kali). Botol ni diperbuat daripada Polyphenylsulfone yang juga BPA free.
  2. Part yg tak banyak - botol, teat, hood dan penutup
  3. Shape of the bottle- botol pigeon ni bentuk dia unik sikit. tak macam botol-botol lain. Kalau tengok yg dekat bahagian atas botol, curve sikit je. Ni untuk memudahkan kita cuci botol tu. Bentuk botol ni oval, tak macam botol lain yang biasanya bulat. So it is easy for the baby to hold the bottle.
  4. Teat - yg ni yang terbaik. Tengok gambar bawah ni, teat ni membuatkan susu tak menitik kalau kita tilt the bottle. Maknanya susu hanya keluar bila baby hisap. Jadi taklah baby tersedak susu atau susu menitik-nitik bila baby sendiri tilt botol tu kan.


Teat dia jugak senang nak pasang. Selalunya pasang teat dari bawah cap kan? Tapi untuk pigeon ni, pasang dari atas. 


Tengoklah betapa dia suka botol ni. Acah-acah drink with style gitu.


Mana-mana mak yang menghadapi masalah yg sama ni, boleh la cuba Pigeon Peristaltic Plus ni.

(Haritu dapat beli botol pigeon ni dengan harga yang murah. RM27.50/bottle. Harga asal RM55/bottle. Boleh la tengok-tengok kat Babyland, PJ kot dia ada promosi lagi.)
Previous
Next Post »

4 comments

Write comments
Annie Tenh
AUTHOR
21 February 2017 at 14:56 delete

puan,anak saya pun ada masalah ni jugak,sedih,nak tanya puan teat dia bolwh ke sambung ke botol lain

Reply
avatar
22 February 2017 at 00:12 delete

boleh guna dekat any wide neck bottle.

Reply
avatar
Annie Tenh
AUTHOR
22 February 2017 at 01:10 delete

thanks puan,anak puan berapa bulan,puan beli yg 0+ ye,anak saya dah nak masuk 3 bulan,tadi saya gi beli yang 0+ juga,hopefully she ok with it,thanks puan

Reply
avatar
22 February 2017 at 02:59 delete

anak saya sampai 1 tahun 3 bulan pun masih guna size paling kecik. SS (0+m)
sebab minum susu ibu, so tak perlu tukar.

Reply
avatar