Review: Pureen Stock Clearance Promotion

Ni adalah entri tergendala berbulan-bulan. Cerita dari anak tak lahir, sampailah anak nak masuk 7 bulan dah. Bulan Mac yang lalu, kami laki bini (masa ni Nazneen dalam perut lagi) pergi la ke Pureen Stock Clearance Promotion kat Glenmarie ni. Daripada review officemate, memang murah dan berbaloi-baloi di mana baju sepasang dalam RM4 je. Murah la tu kan. Selalu kalau beli kat luar baju yang takdak brand pun dah RM6 ke atas kat kedai Sakan.

Kami sampai kat tempat ni dalam pukul 9 pagi. Masa tu dah ramai sangat orang dan parking sangatlah jauh. Sampai depan pagar dia yang masih tak bukak tu, memang ramai sangatlah orang tengah menghimpit2 nak rapat ke pagar supaya boleh jadi orang yang awal masuk dan grab barang cepat-cepat.


Bila dia bukak je pagar, memang berbondong-bondonglah orang serbu masuk. Pureen bahagikan 2 kawasan, satu tempat baju (bahagian belakang) dan satu lagi yg lain, sabun, diapers, wet tissue etc (bahagian depan). Hampir semua orang serbu ke bahagian belakang dulu. Sampai je sana, memang tak nampak dah kat mana rak ke bakul baju ke. Nampak kat mana orang tengah berkumpul, pergi je di antara celah-celah orang tu, just hulurkan tangan dan grab je apa yang dicapai tanpa lihat. Lepas dah penuh plastik ikea tu, pergi la ke tepi-tepi longkang ke, kawasan kosong sikit untuk duduk dan pilih baju mana yang kita nak. Kejap je bakul tu kosong. Kalau nak pilih kat situ, memang tak dapat apa la kan. Dah semua orang buat gitu. Ikut je la.


Sesak, memang sesak. Masa tengah sort kan baju yang mana nak dan taknak tu, boleh jugaklah tanya mak-mak yang lain ada tak baju yg diorang taknak. Selain tu jugak, baju yang kita ambil tapi taknak, boleh pulangkan balik dalam kotak yg diorang sediakan berhampiran.

Lepas dah settle pilih baju, kami laki bini pergi bahagian depan pulak. Borong banyak2 wet tissues, sabun cuci botol, cuci baju, bedak, sabun mandi. Total cost spend kat sana RM140. Kat bawah ni antara barang yang dapat kami beli.


Ni antara baju yang kami beli. 19 pasang baju, 5 helai seluar panjang, 2 hooded towel. Ni yg kami beli bahagian baju la. Yg sabun semua tu beli jugak.


Ni bukti betapa murahnya baju sepasang tu. Sebab kat tag yg sama ada 2 harga. 1 yg dari the Store, 1 lg Pureen. Baju seluar yg dh siap pair sepasang Rm5, yg dijual asing-asing, Rm2 per piece. Jadi baju + seluar RM4 la. Murahkan.

*tapi malangnya, kata orang, masa promotion bulan 9 haritu, harga dah tak murah macam dulu.
jadi berbelanjalah secara bijak.

Previous
Next Post »