Review: Autumnz 2-in-1 Baby Food Processor

Bila Nazneen dah masuk 6 bulan haritu, Salwa dah mula bagi Nazneen solid food. Bila nak buat makanan baby ni, mestilah kena ada perkakas yang bersesuaian kan. Memanglah periuk kat dapur untuk rebus atau kukus dan blender dok blend cili tu ada, tapi untuk memudahkan mak-mak yang sibuk bekerja/belajar ni, rasanya Autumnz Baby Food Processor ni antara food processor yang bersesuaian dengan bajet dan mesra bagi semua mak-mak.

Inilah dia Autumnz Baby Food Processor. Ada 2 fungsi iaitu steam dan blend. Dengan satu alatan ni je dah boleh buat puree untuk baby. Satu bekas je, tak payah susah-susah nak cuci banyak-banyak benda (periuk dan blender).
Setakat dah sebulan lebih guna food processor ni, Salwa nak bagi sikit review kot-kot mak-mak yang lain ada mencari food processor yang affordable dan mudah digunakan.

1) 2 fungsi - Steam dan blend. Food processor yang biasa tak boleh steam kan. Autumnz food processor ni boleh steam dan kemudian terus blend je dalam bekas yang sama. Cuma perlu pusing knob purple tu je. Pusing ke kanan untuk steam (ikut berapa minit perlu steam) dan kiri untuk blend.


2) Mudah dicuci - food processor ni cuma ada 3 item je yang perlu dicuci selepas digunakan. Balang, bilah dan penutup. Paling penting, senang nak keluarkan puree dari balang ke dalam bekas simpanan.



3) Saiz yang kecil - Bagi Salwa, saiz yang kecil dan ringan ni added advantage la. Mudah nak bawak travel. Salwa selalu je bawak food processor ni bila travel. Senang nak siapkan makanan Nazneen.


4) Tapak anti-slip - Dekat tapak dia ada getah untuk elakkan dia jatuh, so tapak ni grip permukaan yang kita letak food processor ni.


5) Harga yang berpatutan - Salwa beli ni masa baby expo, dapar RM165 je. Murah kan. Daripada nak beli brand xxx yang fungsinya pun sama tapi harga jauh lebih mahal dari autumnz ni, baik beli yang ni je. Autumnz pun dah terkenal dengan barang2 baby yang lain kan.

6) Bunyi yang taklah bising sangat. Standard mcm bunyi blender yg lain cuma bunyi dia macam manja2 sikit.

Setakat ni dah macam-macam puree yang Salwa dah buat untuk Nazneen. Ni Salwa just nak share macam mana cara-cara guna food processor ni.

Potong la buah/sayur apa yang korang nak buat puree. Salwa guna apple + avocado. Avocado tak payah steam. Lepas dah potong, masukkan buah/sayur yang perlu steam ke dalam balang. 


Kemudian masukkan air ke dalam ni (seperti gambar di bawah). Air ni la yang akan masuk ke dalam balang sebagai steam nanti.


Pusingkan tombol ke kanan, ikut sayur/buah yang korang nak steam perlu berapa minit.


Lepas dah siap steam, akan ada dengar bunyi tingggg!!! tu menandakan dah siap la. Tunggu sejuk sikit, kemudian boleh blend dengan memusingkan knob tu ke kiri sehingga mencapai kehalusan yang korang nak. Lepas tu, boleh la transfer puree ni kedalam bekas dan simpan dalam peti ais.


Mudah sangat kan. Boleh la cuba macam-macam resepi lagi kat Nazneen nanti.  






Previous
Next Post »

22 comments

Write comments
sofiah salleh
AUTHOR
30 January 2016 at 17:58 delete

hai assalamualaikum salwa 🙋🏼
boleh saya tahu brapa minit nk kena stim apple?

Reply
avatar
2 February 2016 at 06:23 delete

Waalaikumsalam. Untuk puree, selalu salwa steam around 15-20 minit. Tapi kalau just utk finger food, steam dalam 5 minit je.

Reply
avatar
RedLediBak
AUTHOR
28 March 2016 at 11:06 delete

Nak tanya. Lepas habis stim, terus blend eh? Nak kena toskan dlu ke lepas stim tu?

Memang biasa lepas stim tu akan ada air sikit eh dlm tmpt bekas tu?

Reply
avatar
29 March 2016 at 18:32 delete

lepas habis steam, terus blend je. memang ada air sikit dalam tu. lagipun mudah lagi nak blend bila ada air sikit.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
26 April 2016 at 17:33 delete

Assalam. Saya nurul. Boleh blend bubur nasi tak?

Reply
avatar
27 April 2016 at 07:27 delete

Waalaikumsalam. Boleh blend bubur nasi. Cuma tak boleh masak bubur dalam ni je.

Reply
avatar
amin
AUTHOR
10 May 2016 at 05:29 delete

Salam nak tanya.mcmane nk cuci bhagian pemegamg die?? Kotor.boleh cabut ke pemgg die y unggu tu??

Reply
avatar
10 May 2016 at 22:11 delete

Waalaikumsalam. Setahu saya tak boleh tanggal. Sy selalu cuci dalam tu guna berus straw pigeon tu. Boleh bend bagi masuk dalam tu.

Reply
avatar
Mia Nita
AUTHOR
9 June 2016 at 22:09 delete This comment has been removed by the author.
avatar
Mia Nita
AUTHOR
9 June 2016 at 22:19 delete

Assalamualaikum.. Nak tnya?msa steam buah2an tu.. Alat pengisar nya tk pyh nak buka kah? Letak sj kat situ smasa nak steam? Slps bunyi beep, trus blend?saya confius sal saya tgok video, alat pengisar nya mesti di buka msa nak steam

Reply
avatar
12 June 2016 at 02:32 delete

Saya letak je alat pengisar masa steam. Lepas dh habis steam sy biasa kejap dlm 5 minit baru blend. Taknak blend masa air dlm tu terlalu panas.

Reply
avatar
1 August 2016 at 01:15 delete

mcm mna nak cuci dlm steam tank tu. boleh buka tak bhgn tu?

Reply
avatar
1 August 2016 at 01:16 delete

mcm mana nak bersihkan steam tank? Boleh buka tak bhgn atas tu selain drpd lid hijau tu?

Reply
avatar
1 August 2016 at 02:08 delete

Salwa selalu angkat cuci kat sinki. buka lid hijau tu je. then masukkan air, cuci guna berus, then bilas balik tank tu.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
23 September 2016 at 23:00 delete

Sy steam xlembut..lampu tu xnyala pn

Reply
avatar
25 September 2016 at 07:17 delete

patutnya lampu menyala masa steam. ada rosak mana2 kot

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
22 October 2016 at 18:39 delete

blh guna utk blend bubur nasi tak

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
24 October 2016 at 23:07 delete

Hi .. aku first time blend avocado hari ni tapi tidak menjadi purée pula. Masih Ada ketul ketul kecil .. Apakah masalahnya ya ? (Aku tidak steam tu bush avocado n Ada aku tambah susu formula)

Reply
avatar
*LAdy.taShA*
AUTHOR
21 November 2016 at 01:21 delete

Tahan lama tak? Atau dh mula rosak? Berbaloi ke beli? Atau bila anak dh besar sikit dh tak guna?

Reply
avatar
22 November 2016 at 20:36 delete

sampai skrg pun ok lg. selalu blend potato buat mash potato. pakai utk anak kejap je sbb anak 9 bulan dah tak blend dah.

Reply
avatar
22 November 2016 at 20:37 delete

ada tambah air ke? atau byk sgt tambah susu formula?
tak boleh letak byk sgt susu/air. nti blend tak betul2 hancur

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
8 December 2016 at 21:26 delete

Tym blend tu kna ltk susu ibu ke air

Reply
avatar