Baby E Baby Spa & Wellness Wangsa Walk

Beberapa minggu lepas Salwa bawa Nazneen pergi baby spa kat Wangsa Walk. Dah alang-alang kat KL masa tu dan laki pulak ada hal. So sementara dok menunggu tu, singgahlah ke Wangsa Walk dan ke Baby E Baby Spa & Wellness ni. Baby spa ni kat ground floor dan hujung sekali berdekatan TGIF semua tu.

Sedikit review Baby E Baby Spa & Wellness ni.

- Staff sangatlah friendly dan sangat cekap handle baby. Menurut staff kat situ, diorang ni memang pergi training macam mana nak handle baby dalam pool dan baby massage.
- Spa sangat bersih dan turut disediakan kerusi utk parents menunggu. Ada jugak nursing room untuk mak2 menyusu ni.
- Swimming duration is 30 minutes. Tapi masa Nazneen haritu macam lebih sikit je sebab awal-awal tu dia nangis sebab maybe tak biasa dengan air suam dalam pool tu. Dok biasa mandi air sejuk je.
- Harga berpatutan memandangkan swim diaper turut disediakan.
- Ada free swim session kalau jadi member dan memenuhi kriteria yg ditetapkan.
- Sorang staff hanya handle 1 baby dalam satu masa.
- Ada macam2 jenis pelampung, neck float ada 2 size dan swim trainer pun ada few size.
- Banyak mainan yg disediakan kat dalam pool tu untuk babies main2.

Yang selebihnya, enjoylah gambar-gambar Nazneen berenang dengan muka baru lepas nangis. haha

ni adalah harga pakej yang ditawarkan.

Haritu ktorg just ambik swim + massage. Swim 30 minutes, massage 30 minutes so total 1 hour. Dapatlah membunuh masa sementara tunggu laki kan.

Ni masa mula-mula berjaya masuk pool lepas habis menangis.





ni pool untuk baby bawak 6 bulan. 1 pool boleh muat 1 baby je. Air dalam pool ni ditukar untuk setiap baby sebab baby bawah 6 bulan ada potensi untuk terberak dalam pool katanya.

yang ni pool yang besar untuk baby besar. boleh muat 3 babies dalam 1 masa. Tapi boleh jugak nak arrange private session untuk swimming so that anak korang tak diganggu budak lain. 
Nazneen pun taklah diganggu. Tapi dia macam takut sikit mula2. Walhal ni bukan first time dia berenang. Sebelum ni dah pernah bawak pergi pool merata-rata hotel dah. 

Air kat dalam pool besar ni pulak ditukar setiap hari. So awal pagi before bukak baru diorang refill air baru. Nazneen masa swimming ni dia orang first masuk pool untuk hari tu. Jadi air ni masih bersih la. hehe. Kalau tak, macam risau jugak sebenarnya.




"Ibu, kenapa katak ni tak berubah jadi Putera handsome pun. Dah cium banyak kali dah ni."





Lepas dah settle berenang, masa untuk massage pulak. Masa ni staff dia explain la jugak kenapa urut sini, kenapa urut situ dan ajarkan macam mana untuk buat sendiri kat rumah nanti.



Lepas ni nak try baby spa yang lain pulak. Takpun nak buat spa sendiri kat rumah. Tengah survey pool yang dalam dan luas untuk Nazneen ni. 

Previous
Next Post »