Membeli belah di QQ Baby Shop

Baru-baru ni banyak jugak kedengaran berita kawan-kawan sebaya bakal jadi parents dan tak kurang jugak yang tanya tips dari kami laki bini yg baru setengah jagung jadi parents ni. Kami nak share la antara kedai yang murah untuk beli barang baby. Antaranya:

  1. QQ Baby Shop
  2. Littlewhiz
  3. Aeon (kalau waktu sales)
  4. Fabulous Mom
  5. Onebabyworld
  6. Baby Expo (tak semua murah pun, better survey dulu harga barang yg nak dibeli)
  7. Warehouse sale
Dalam entri kali, nak review pengalaman kami beli barang di QQ Baby Shop di Setapak. 

QQ Baby Shop
No 25-27, Jalan 10/23A, Medan Makmur, Off Jalan Usahawan, Setapak, 53200 Kuala Lumpur. 


Barang kat sini agak murah. Ada macam-macam kelengkapan baby dan toddler. Baju, socks, feeding bottles, stroller, carseat, kasut, cloth diaper. Untuk orang yg tak kisah pada brand stroller dan carseat, kat sini barang dia murah. Baju-baju kat sini pun boleh dikatakan murah lagi-lagi masa clearance sale dia boleh beli rompers harga RM3.



Untuk cloth diaper (CD), CD QQ Baby ni antara CD economy yg quality ok jugaklah. Tak dapat nak review pasal CD QQ ni lagi sebab baru je berjinak-jinak dengan dunia CD ni. Nanti dah cuba few brands, Salwa akan review.


Kasut baby pun murah-murah dan brand yg ok, cuma ada reject sikit-sikit yg tak memberi kesan kepada kegunaan pun.



Kepada yg mencari barang baby, boleh la cuba tengok di kedai ni. QQ Baby Shop ni pun ada di beberapa tempat yg lain. Boleh tengok di website qqbabyshop sendiri. www.qqbabyshop.com

Previous
Next Post »