Pengalaman Nazneen Warded di KPJ Ipoh

Assalamualaikum semua. Nak update cerita yang dah basi la jugak sebab dah sebulan yang lepas. Nak share pengalaman kami laki bini dan Nazneen bermalam kat KPJ Ipoh. Bukan saja suka-suka nak pi bermalam pun (Dah kembali dok kat Penang lagu ni la bahasa dia. dah kembali fasih loghat utagha noh).

Sebulan yang lalu, Nazneen ada batuk-batuk dan selsema. Kan ada Salwa post pasal sedut kahak dengan Dr Nadir haritu. Rawatan tu berkesan. Tapi sebab Nazneen belum betul-betul sihat sangat lagi haritu dan dia dah ke taska balik, batuk dia makin tak okay ditambah dengan tiba-tiba dia kena cirit birit dan paed suspect terkena jangkitan rotavirus. Tapi lepas tu dah okay dah.

Balik je dari taska hari jumaat entah berapa haribulan tu, Nazneen demam panas. Dahlah berseorangan di rumah sebab housemates semua balik kampung, laki pulak memang jauh kan. Malam tu just lap badan dia dengan towel basah je. Pagi tu setibanya laki ke rumah sewa, Nazneen still demam. So bawaklah dia ke klinik berdekatan dulu dan Dr tu buat neb dan bagi beberapa ubat. Balik la semula ke rumah dengan harapan petang tu dia ok dah. Tapi masih tak ok dan kami laki bini dah berkira-kira nak bawak ke hospital dah. Dahlah hospital agak jauh. Hospital terdekat ialah Hospital Batu Gajah, tapi sebab ada insurance company dan PruBSN, kami decide nak pergi KPJ je. Tapi tak pergi pun malam tu. Kami pi keesokan paginya which is hari Ahad.

iklan sikit: kepada yg belum ada insurance tu, boleh la kiranya masukkan dalam azam 2016 ni untuk memiliki perlindungan takaful. Kalau berminat nak subscribe PruBSN, boleh la contact kawan kitorang ni. Azraii Zulkiple +6012-3423612

KPJ Ipoh ni jauh dia dalam 40 minit dari Tronoh. Sampai je sana, kami terus pegi ke bahagian kecemasan dan selepas uruskan pendaftaran, masuklah ke bilik doktor. Berbekalkan suhu badan Nazneen masa tu 38.9, Paed bagi option kat kami untuk masukkan dia ke ward sebab takut ada penyakit lain yg menyusul. Urusan nak masuk ke wad boleh tahan lama la jugak tunggu sebab nak cari katil. Kami request single room sebab senang nak berkampung kt sana satu family. Tapi penuh pulak, dapat 4-bedded je. Sambil tunggu katil, Nazneen kena xray untuk check paru-paru dia dan kena buat blood test jugak.

setibanya kat wad, relax dulu sementara tunggu nurse/paed datang

disebabkan semalamnya dia kurang tidur, makanya terlelap la sekejap. Sempatlah jugak ibunya ni pi solat zohor dulu

sedihkan bila tengok anak sakit

Disebabkan kahak dia agak banyak jugak, dia kena neb setiap 4 jam sekali. Sedih oi tengok. Tapi taklah dia nangis. Gambar kt atas tu kt bilik 4-bedded. Setiap kanak-kanak/baby kena ada sorang penjaga tunggu. Tapi boleh jugak kalau nak 2 penjaga. Tapi with extra charge. RM10/night dan pihak kpj sediakan kerusi tidur. Mak boleh tidur atas katil dengan baby k.

Dalam pukul 3ptg, nurse cakap ada bilik single deluxe kosong kalau kitorang nak pindah bilik. Apa lagi, memang itu yg ditunggu pun. Bukannya tak selesa bilik 4-bedded dia. Tapi kurang privacy la walaupun ada langsir dan kena kongsi toilet. 

ni bilik single deluxe dia. sangat besar. ada 2 katil, 1 almari dan 1 toilet. Ada jugak meja bulat n kerusi budak-budak tu dan jugak sofa 3 seater, tv. Sangat selesa dan bilik ni RM250/night.

Dari segi keselesaan bilik sangatlah tiptop. kebersihan pun tiptop. nurse pun semua baik-baik dan layanan okay. tapi ada jugak la seperkara yg tak best. Paed tak best. So tips untuk mak-mak yg nak pegi hospital ni, lagi bagus sebenarnya kalau ada paed yg dikenali atau ada kawan recommend. at least kita tahu dia macam mana. Paed Nazneen kt sini macam tak best sangat, kami laki bini pun tak kenal any paed kat sini. Kalau KPJ Penang and Ampang Puteri kami tahu la yang mana yg bagus. KPJ Penang: Dr Tan Ying Beih. KPJ Ampang Puteri: Dr Nomee Ashikin

dah acah-acah baik sikit la

sesi neb pukul 5 pagi. *yawn*

ni benda yang paling dia tak suka. minum ubat. menangis melalak macam satu hospital boleh dengar. rasanya bukan dia sorang je. ada lagi budak-budak lain kt situ yg nangis kuat sangat bila sesi minum ubat ni.

Secara keseluruhannya, KPJ Ipoh ni ok je. Bilik selesa, nurse baik-baik, makanan sedap, bil pun ok la. 3hari 2 malam bil RM2k++. Wad kanak-kanak dia pun cantik. Ada jugak ktorg round wad tu sambil sembang-sembang dengan nurse kat situ dan dia ada share pasal baby yg asyik batuk dan berkahak ni kalau lambat dirawat boleh memudaratkan di mana kahak tu masuk ke paru-paru. Jadi jangan pandang enteng (betul ke?) tak ambik kisah ye pasal batuk dan kahak baby korang ni. Dan dia juga ada cakap kalau ada bajet lebih sikit, ambiklah vaccine pneumococcal untuk baby korang. Memang mahal sikit, tapi kalau mampu, apa salahnya untuk kebaikan yg tersayang kan. Nazneen dah ambik first dos masa 6 bulan haritu. Next week nak pegi ambik 2nd dose pulak.

yay. dah boleh discharge. dia pun happy terus ada mood nak beraktiviti.



Previous
Next Post »