Terbang Mencari Cinta

Weekend haritu Salwa dengan Nazneen berdua je naik flight KL-PEN. Selalu laki yang travel jumpa kami kat Penang/Perak. Tapi kali ni kami pulak ke KL. Ni pertama kali naik flight berdua dengan Nazneen. Kalau roadtrip berdua dengan Nazneen naik kereta dah biasa dah. Merata dah kami pi. KL, Penang, Kedah, Perak. Weekend haritu dah alang-alang ada kawan kami kahwin kat Ampang, jadi apalah salahnya ke KL kan.

Kebetulan check tiket flight pun tak mahal sangat untuk kami berdua. Naik MAS untuk kami 2 beranak RM110.75 return flight. Tak sampai RM60 pun untuk 2 orang pergi balik. Murah dari ETS. Flight pukul 10.45pagi. Seawal jam 9pagi dah sampai airport. Keluar rumah awal sikit sebab takut jalan jem kat Penang Bridge tu. Lepas dah checkin luggage, kami pun terus je la masuk tunggu kat gate sebab taktahu nak buat apa dah. 

Ni lah part paling kritikal bila tunggu boarding flight. Apa nak buat supaya Nazneen tak bosan, tak merengek sebab letih. Lagi-lagi flight pulak delay. Pukul 10.30 kapal terbang tak muncul lagi. Time tu serius dah macam penat melepet dah. Haha. Fyi, Salwa tak guna stroller pun, carry guna soft structure carrier(SSC) je. Kalau guna stroller, kang mana nak tolak stroller, mana nak tolak troli luggage. Macam susah je. So memang decide untuk pakai SSC je sepanjang perjalanan. 

Ni masa tengah tunggu flight kt Penang Airport.

Bila dah lama-lama carry dalam SSC dan statik je duduk satu tempat, memang dia taknak la. So bukak je, bagi dia duduk kt kerusi main toys. Tapi last2 kasut jugak jadi mainan dia. Masa naik je flight, terus rasa lega at least boleh la bagi dia tidur. Alhamdulillah dapat seat depan sekali. So besar sikit ruang kaki dan sebelah pulak perempuan. Senang la nak breastfeed takyah pakai nursing cover. Dalam flight PEN-KL memang tak pegang phone langsung la sebab Nazneen tidur dan deret aku duduk tu memang penuh dengan orang. Nazneen pulak tidur dari naik flight sampai la landing. Dah landing pun still taknak bangun. 

Sampai je KLIA, laki dah sedia menanti kat sana. Tapi nak jalan dari gate ke luggage claim tu pun dah 15 minit dengan kelajuan berjalan yg agak laju. Sapa kenal Salwa mesti tau Salwa jalan laju sampaikan ada yang usik cakap "Nanti kahwin jangan pulak tinggal laki kat belakang." Tapi takpa. Laki pun sama ja jalan laju jugak. Masa sampai KLIA tu, takdak pulak buggy yang bergerak. Jalan la sampai gendong Nazneen. Sampai2 kat husband, terus la rehat dalam kereta dan bergerak ke kenduri kat Ampang.

Nazneen kenapa tu? Uncle raimi hensem sgt ke wife dia lawa sgt smapai terkesima macam tu? hehe

Lepas dah pergi kenduri, kami pergi check in hotel kat Bangi. Rehat-rehat kejap dan pergi dinner kat Red Card. First time datang sini dulu laki jugak yang bawak. Masa tu tak kahwin lagi. Datang dgn Arda dan Dilea.


Malam tu kononnya nak fully utilized weekend bersama-sama dengan main bowling la. Pergi Bangi Getaway nak main bowling, tapi ada tournament pulak. Nak tengok movie, macam takdak movie yang best je. Balik hotel tengok movie kat laptop je la. Tapi sebelum tu singgah beli Satay Kajang Hj Samuri dulu. 

Esoknya dah nak terbang balik Penang semula. Penat gendong Nazneen masa otw datang KL pun tak hilang lagi dah nak kena gendong semula. Haha. Takpa. Training utk jadi fit untuk solo trip dengan Nazneen je ni.

Pose tak ready. Laki memang suka ambik gambar time kte tak ready ni.

Next post Salwa nak share la pengalaman travel solo dengan Nazneen naik kereta n flight bersama sedikit tips dari mak setengah tahun jagung ni. Dapat dari cerita-cerita pengalaman orang jugak.


Previous
Next Post »