Trip Solo bersama Baby Bahagian 1

Seperti yg dijanjikan dalam post sebelum ni, Salwa nak share macam mana Salwa selalu keluar dan travel berdua je dengan Nazneen. Almaklumlah bila PJJ dengan husband ni semua kena buat sendiri. Family pun jauh kan. Kenalah berdikari iye dok.
*post ni akan ada sangat banyak gambar*

Kat twitter/fb/instagram Salwa ada la beberapa kawan yang turut sama dikira sebagai mak-mak baru tanya macam mana selalu travel dengan Nazneen je. Sebab sebelum sambung belajar dulu kerap jugak keluar berdua je dengan Nazneen. Shopping la, jalan-jalan suka-suka la, balik kampung berdua dan macam-macam la yang kami buat berdua. BFF la katakan. (laki jangan jealous ye)

Untuk post kali ni nak share pasal travel berdua naik flight dengan baby/infant. Masa ni Nazneen nak masuk 10 bulan (masih belum boleh berdiri unsupported, tapi dah selalu memanjat). Ni bukanlah nak share tips sebab macam belum layak untuk share je. Ni Salwa cuma kongsi pengalaman.

1. Kenal airport untuk depart dan airport destinasi. Yang ni penting untuk tau airport tu stroller friendly ke, ada banyak tangga-tangga ke, kena jalan jauh ke, ada restoran ke tak kat gate. Masa ni Salwa travel dari Penang ke KLIA. Memang agak faham dah selok belok kedua-dua airport ni. Jadi taklah masalah.

2. Masa perlepasan. Ada mak-mak yang cadangkan untuk pilih waktu travel masa biasa anak tidur sebab memudahkan. Nazneen biasa tidur pukul 9/10pagi. Jadi flight kami pun dalam masa tu jugak. Lagi satu penting untuk kita plan pukul berapa nak sampai airport, pukul berapa nak checkin, pukul berapa nak masuk menunggu di gate. Yelah, travel sorang kan. Bukan boleh pass pass anak kat orang lain bagi diorang jaga.

selfie sambil tunggu kapal terbang

2. Web Checkin - Untuk mudahkan sebenarnya lagi bagus kalau boleh web checkin. MAS dan AirAsia boleh web checkin kalau travel dengan infant. Tapi Malindo Air, kali terakhir Salwa check, tak boleh dan ini sangatlah melecehkan. Kelebihan kalau web checkin untuk MAS adalah boleh la pilih seat kalau masa beli tiket dulu tak pilih seat. Lagipun bila dah web checkin ni, terus pegi drop baggage je kat airport nanti. Takdak la kes terlepas flight macam kami dulu sebab lambat 3 minit checkin kt counter. haha


bosan tunggu kapal terbang delay =(

3. Babywearing made easy - yang ni bagi Salwa sangat-sangatlah membantu. Lagi2 bila travel sorang dan ada luggage. Kalau guna stroller, mana nak tolak stroller, mana nak tolak troli lagi kan. Dukung dgn tangan? Lagi la serabut kepala. Salwa selalu guna soft structured carrier (SSC) je sekarang kalau travel ni. Kalau pegi shopping, kadang-kadang rajinkan diri jugak guna woven wrap. Kat kenduri, guna ringsling sebab nak cepat dan senang simpan dalam handbag. hehe
Salwa guna Kokadi Flip (SSC), Daiesu Woven Wrap, Snuggbaby WCRS (Fidella wrap) Ring Sling. Nanti akan up satu post pasal review semua carrier ni dengan lebih terperinci. Dulu ada buat comparison between kokadi flip dengan wrap, boleh baca SINI.



4. Entertain baby korang tu. Yang ni part yg paling kritikal la lagi-lagi bila flight ktorg delay. Huhu. Lama-lama dia pun rimas bila tak boleh move freely. Kalau dah boleh jalan boleh la dia jalan-jalan kat waiting area tu. Ni baru dok merangkak dan memanjat. Takkan nak biar bersepahan kat atas lantai kot. Salwa jarang gunakan phone/tablet (gadget) untuk hilangkan bosan dia atau stopkan tantrum dia setakat ni. Selalunya akan alihkan perhatian dia tunjuk persekitaran; plane, notice board, kerusi, tali beg dan sebagainya la. Kalau budak yang dah besar sikit, boleh bawak activity/game book. Boleh la dia melayan buku dia tu.

lunch dulu sebelum boarding

5. Makanan untuk baby yang dah makan jangan lupa bawak. Nak mudah, Salwa bagi homemade biskut atau roti wholemeal je. Roti wholemeal sapu dengan garlic spread. Sedap jugak. Nazneen pun suka. Garlic spread buat sendiri la tapi.


sebab flight delay dan dah sampai waktu tidur dia, memang kena bagi tidur jugak sebab dia dah letih. walaupun sebenarnya bajet dia akan tidur dalam plane. huhu





Ni la aktiviti kami dalam plane. Dia takmau tidur pastu bila hold dia dalam cradle position, meleding-ledingkan badan dia. Biar je la main apa yang dia nak dalam tu. Luckily row kami duduk tu takda orang lain. Bebas la jugak dia ni.

Sebelum ni naik AirAsia dan Malindo, stewardess suruh buka carrier dan pakai infant seat belt, tapi naik MAS ni dia bagi option untuk guna je carrier atau guna infant seat belt. Disebabkan dah terbiasa guna infant seat belt, Salwa request yang tu je la. Dapat small pillow dan blanket jugak naik MAS ni.

Setakat ni Salwa share ni je dulu. Nanti Salwa share untuk roadtrip berdua dengan Nazneen pulak. Kami pernah travel Tronoh-KL-Tronoh, Tronoh-Penang-Tronoh dan Penang-KL-Penang berdua dan Salwa drive kereta laki, kereta manual. huhu.
Previous
Next Post »