Nazneen 1 Tahun Versi Balik Kampung

Setelah sekian lama menyepi sebab sibuk betul dok menjahit sekarang ni, curi-curi jugaklah masa nak up satu entri. Banyak entri yang dok save kat draf je sebab tak sempat nak habiskan.

Pejam celik pejam celik Nazneen dah setahun dah pun. Masa birthday Nazneen haritu, kami ada kat kampung laki kat Jabi, Jerteh, Terengganu. Jadi kami pun ambik kesempatan tu untuk bawak Nazneen main pasir pantai untuk pertama kali. Dok kl nak bawak dia taktau nak pi pantai terdekat kat mana yang bersih. Penang pulak banyak ja pantainya. Tapi banyak pulak pemandangan yang tak membersihkan mata. hehe.




Cadangan awalnya pagi tu nak pergi mendaki Bukit Kluang. Tapi bila sampai ja sana, ada kawasan yang terbakar mungkin sebab panas sangat sebab mak mertua kata dah dekat 2 bulan tak hujan. Bila dah terbakar, berjerebu la kawasan tu. So, change of plan. Bergeraklah kami 2 kereta (2 kereta sebab ada 3 org adik laki join sama) ke Pantai Ayer Tawar sebab Pantai Bukit Kluang pun berjerebu jugak.

Sampai pantai pun dah almost pukul 9.30pagi dan matahari pun dah mula memancar. Tak dapatlah main lama-lama kat pantai dan tak bawak pun baju berenang Nazneen sebab plan asal nak hiking kan. Kami laki bini pun tak bawak baju tukar. Main kat gigi air je la. Seronok Nazneen pijak pasir pantai dan mandi air laut. Nanti boleh bawak main lagi ni.

Ada yang tanya haritu tak celebrate birthday Nazneen ke, buat birthday party ke. Sejujurnya keluarga kami laki bini memang jenis tak celebrate birthday. Memang tak buat pun birthday party ni. Wish pun kalau ingat je kot. Entah. Tapi memang jenis celebrate dengan cara kami sendiri la. Spend time bersama family.

Lepas balik dari kampung haritu kami ada jugak photoshoot gambar family. Memandangkan kami sangatlah tak banyak gambar satu family yang cantik, maka dah decide untuk jadikan family photoshoot ni sebagai annual event family kami. Manalah tau next year bertambah ahli keluarga lagi. 

Entri seterusnya nak cerita pasal photoshoot kami haritu dan share tips untuk photoshoot bersama family. (Tips dari seorang yang suka ambik gambar, tapi tak reti pose for picture)

Previous
Next Post »