Koopers Limbo Convertible Car seat

Minggu lepas Salwa buat carseat hunting. Walaupun dah ada 1 infant carrier carseat dan 1 convertible carseat yang memang sedia pakai kat kereta di KL, masih nak kena beli lagi 2 untuk letak kat kampung Penang dan Terengganu. Kami selalu jugak travel naik flight, lagi2 bila musim perayaan tak kiralah raya kaum mana. Sebelum ni memang kami bawak Maxi Cosi Cabriofix je bila travel by flight. Ringan dan senang nak bawak. Tapi memandangkan Nazneen dah setahun lebih, mestilah tak outgrown carseat tu.
Dah tinggi dah. Tak muat.

Tapi sekarang memang Nazneen dah guna Halford Solaris (pending review) dah dalam kereta kat KL ni. Nanti nak balik raya haji kat Penang, kenalah ada lagi carseat kat sana. Takkan nak mengangkut Solaris 12kg naik erl n flight. 

Lepas buat sedikit pembacaan, Salwa dah list down beberapa carseat yang within our budget dan menepati kriteria yang kami nak.
1. Koopers Limbo
2. Aldo Ego II
3. Koopers Twist
4. Sweet Cherry Dean
5. Sweet Cherry Caren

Semua carseat ni adalah convertible carseat, group 0, 1 dan semua harga bawah RM350. Sebelum pergi ke kedai, Salwa check online price dulu kat beberapa kedai, littlewhiz, fabulousmom, onebabyworld. Lepas tu kami decide untuk pergi ke onebabyworld Ulu Klang memandangkan semua carseat yang Salwa list tu ada kat sana.

So bermula la aktiviti membelek2 carseat2 tu. Kriteria yg Salwa consider dalam pemilihan carseat ni adalah:
1. Selesa: At least ada 3 recline position
2. Tak bulky : Kereta kami kecil je.
3. Senang nak buckle n unbuckle : Ni paling penting takmau jadi macam Solaris dah
4. Harga semurah yang mungkin with good quality

Lepas try2 kat OBW tu, kami decide untuk belikan Nazneen Koopers Limbo dengan harga RM319 dan dapat RM10 cash voucher. 4 tahun warranty k utk carseat ni.

1. Koopers Limbo RM319
2. Aldo Ego II RM338
3. Koopers Twist RM351
4. Sweet Cherry Dean RM329
5. Sweet Cherry Caren RM329





budak taknak balik sebab teruja dengan macam2 mainan. -.-

Masih rear facing. Biarlah rear facing selama mana yang boleh sebab lagi selamat.

Limbo bersebelahan dengan Solaris dalam Perodua Viva. Ni nak balik penang sebab nak hantar satu carseat je penang.

Memandangkan baru seminggu Nazneen pakai Limbo ni, Salwa taknak review lagi. Dalam sebulan lebih guna baru nak buat review. Tapi so far memang suka la part buckle dia. 
Latest
Previous
Next Post »

2 comments

Write comments
Effa
AUTHOR
26 July 2016 at 11:31 delete

Saya baru je beli, esok baru smpai, kisah sy lak nk fitkan 3 car seat kt keta. Sbb 3 org anak. Hrp2 lah muat. Nnt update rview tau, nk baca. Salam perkenalan. :)

Reply
avatar
27 July 2016 at 07:08 delete

Salam perkenalan. Awak mesti Nur Effa Shareen kt group carseat yg sy ada comment gmbr tu kan. bulan depan baru nak review. setakat dah 2 minggu lebih pakai ni memang puas hati la n ada pun duduk selesa dalam tu.

Reply
avatar